Drama Durja Ningsun – Akan ku jejaki hingga akhir

yanmie 17

Salam semua, 19 Ogos nie drama slot seram iaitu  DURJA NINGSUN akan memulakan tayangan untuk episode 1, dimana menggantikan drama sebelum ini iaitu Drama Roh, sumpah! Yan dah tak pernah tengok pun drama Roh nie, sekali aje masa episode 1, lepas2 tu tak berani nak tengok sebab malam duduk bertiga dengan anak..haha

Untuk drama DURJA NINGSUN nie tak tahulah boleh layan ke tak, nampak macam seram semacam aje, tu tak ditayangkan lagi, hem tapi takpelah Yan kongsikan sini sinopsisnye ye.

Sinopsis DURJA NINGSUN – AKAN KU JEJAKI HINGGA AKHIR


Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan? Kredit kepada Budiey terjah terus kesana yea 🙂

Drama ini di lakonkan oleh yang best jugak seperti seperti Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel, Abu Bakar Juah, Aida Aris dan Faralyna Idris. Drama ini mempunyai 13 episod, so jangan lupa waktu siarannya iaitu setiah khamis pukul 9.30 malam dan tentunya di TV3.

Nota Yanmie : Eja pun ada berlakon dalam drama nie 🙂

17 thoughts on “Drama Durja Ningsun – Akan ku jejaki hingga akhir

  1. salam. semalam tgk episod 3 Durja Nungsun…memang seram lah wei…
    aku tgk berdua ngan adik…tapi apalah guna, kalau adik kat sebelah tu tengah tidur..aku pun bukannya mata ke tv sgt…telinga dengar tapi mata pandang tpt lain…aku takmo terkejut..hahahaha

    korang rasa aliff tu macam ada kene mengena ngn ningsun je…
    apasal dia sejuk2 semlam

  2. hehehe..akak tengoh Roh sampai habis.. 😛 lepas ni mesti tengok cite baru ni..memang seram…baby lari lintang pukang kalau time promo tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Buffet Ramadhan - mengandungi sos alkohol

Salam semua, baca paper pagi tadi pasal Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Eee seram pulak dengar, macam manalah benda-benda gini boleh terjadi dan terlepas pandang, kesian dengan orang yang dah termakan, nauzubillah!. Sumber Metro Itulah yang dibongkar oleh penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam […]

Subscribe US Now