Salam semua, hari ini Drama terbaru slot akasia TV3 akan menayangkan Drama terbaru iaitu Drama yang bertajuk Epilog Syurga Cinta, yang mana menggantikan Drama Ilusi. Tak sabar rasanya untuk menyaksikan Episode 1 Epilog Syurga Cinta nie.

Yang mana Drama Epilog Syurga Cinta ini adalah hasil adaptasi dari filem Syurga Cinta yang dahulunya pernah dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq, dan untuk Drama Epilog Syurga Cinta ini dilakonkan oleh Fida, Zizan Nin, adik Mia Sara Nasuha dan ramai lagi, an pastinya Yan tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan drama ini sebabnya berdasarkan sinopsis drama Epilog Syurga Cinta ini macam best aje.

Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Drama Epilog Syurga Cinta memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci. Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Shuhada.

Sikap liar Irham ditambah dengan hubungannya bersama Xeera, model terkenal menyebabkan ayahnya, Tan Sri Zakaria runsing memandangkan wartawan tak habis-habis mengorek berita hangat sehingga membabitkan nama baiknya. Ibu Irham, Puan Sri Mahani juga menentang hubungan Irham dan Xeera memandangkan dia sendiri mempunyai rancangan tersendiri untuk mengahwinkan Irham dengan anak perempuan Datin Linda, kawan baiknya yang dilihat lebih setaraf dan berstatus

Kredit to Daus / TV3 Online


Sama-samalah kita saksikannya petang nanti di TV3, macam biasa waktu tayangannya pada pukul 6.30 petang. Drama ini ada 28 episode, lebih kurang macam Drama Adamaya jugak 😛

Nota Yanmie : Murah rezeki adik Mia Sara nie 🙂