Salam semua, yeehhaa online dari rumah tercinta di Klang, semalam baru sampai. Syukur semuanya di permudahkan. Ok macam biasa pepagi buka paper online kt internet nie, menarik minat Yan untuk kongsikan laporan berita dari MyMetro tentang seorang guru disiplin sedang giat mempromosikan ubat seks yang lebih di kenali sebagai abang power. Yan sendiri dah view website tersebut…ooppss!! yelah nak tengok power ke tak kan…ehehe

PROMOSI…laman web milik guru terbabit.

Cuma tulah tak sangka pulak seorang guru boleh mempromosikan tentang produk perangsang seks ini kepada pelajarnya sendiri. aiyoo tak mau komen pepanjang, korang bacalah sendiri berita bawah nie an sertakan sekali.

JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa.

Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.

“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.

Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’.

“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.

“Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu,” katanya.

Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.

Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.

“Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber MyMetro dan Infoyanmieonline

So apa komen korang tentang kes nie?? bagi Yan lah kan, kot ye pun nak menambah pendapatan janganlah sampai mencari jalan pintas di mana dengan mempromosikan barangan tersebut kepada pelajar sendiri, memang banyak keburukan yang Yan nampak bila seorang pelajar tu di berikan risalah tersebut dan menatap laman web tersebut, seolah-olah cikgu tersebut mengalu-alukan pelajar dia buat macam tu. banyak lagi cara lain yang boleh cikgu buat untuk menambah pendapatan asal tidak melanggar etika perguruan, tapi itu komen Yan je…

Korang punya komen pulak camne?? meh kongsikan di sini…

Nota Yanmie : Aiyooo tak tau nak kata apa dah 😛