Salam semua, semalam tengok berita kat TV3 pasal Kabinet tarik balik tindakan senarai hitam kesalahan trafik sehingga 28 Februari tahun depan bagi membolehkan mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, wah nampaknya ramailah yang lega ye.

Kredit gambar niznordin

So takde alasan untuk tidak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu lepas nie, so cepat-cepat gi renew ok!. Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak bermakna akan dapat menghapus kira atau memberi diskaun untuk saman yang belum diselesaikan sebelum ini.

Meh Yan share laporan dari Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Mendengar rayuan rakyat mengenai bebanan yang ditanggung, terutama bagi menghadapi musim perayaan, Kabinet semalam menarik balik serta-merta tindakan menyenarai hitam pesalah trafik sehingga 28 Februari tahun depan bagi membolehkan mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak akan menghapus kira atau memberi diskaun untuk saman yang belum diselesaikan itu.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, sebanyak 10 juta notis saman ekor diabaikan atau tidak dibayar oleh pesalah trafik di seluruh negara sejak 10 tahun lalu dengan lebih sejuta kenderaan disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kerajaan mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai termasuk anggota Kabinet, selain mengambil kira musim perayaan Aidilfitri, Deepavali, Krismas serta Tahun Baru Cina yang disambut dalam tempoh penangguhan itu.

Bagaimanapun, mereka yang menjelaskan saman dalam tempoh penangguhan tidak akan diberikan mata demerit mengikut Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Kita nasihatkan mereka yang mempunyai notis kesalahan supaya menjelaskannya secara ansuran atau sekali gus dalam tempoh kelonggaran ini, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya, di sini.

Beliau berkata, perincian mengenai sistem membayar notis kesalahan yang tertunggak dan tempoh lesen memandu dan cukai jalan boleh diperbaharui jika tidak membayar saman tertunggak itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Kong berkata, kerajaan juga akan menambah baik sistem itu dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memenuhi pandangan rakyat, selain tidak menggalakkan pegawai penguat kuasa menyorok di belakang pokok bagi menguatkuasa undang-undang.

Katanya, semua lokasi yang dipantau CCTV akan diletakkan papan tanda mengingatkan orang ramai kawasan itu sedang diawasi, sekali gus mendorong mereka memandu secara berhemah.

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan mahu meneliti dan membincangkan isu saman ekor dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk beban ditanggung rakyat.

Ditanya mengenai status senarai hitam seseorang pesalah yang mencabar tindakan itu di mahkamah, Kong berkata, sesiapa saja boleh mencabar notis kesalahan di mahkamah, tetapi tindakan menyenarai hitam tetap dikuatkuasa selepas tempoh kelonggaran berakhir.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menggariskan bahawa sesiapa yang memiliki notis kesalahan trafik yang belum dilunaskan, cukai jalan mereka tidak boleh diperbaharui sehingga bayaran dibuat, katanya.

Nota Yanmie : Tak sabar nak pegang lesen P 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “Kabinet tarik balik tindakan senarai hitam kesalahan trafik”
  1. saya punya keta dah 1 tahun mati roadtax,,penamma keta saya belum jelaskan smannya,,penama mempunyai saman keta flat number lain so saya pun terlibat sama oleh ketidaktanggungjawbnya,,saya mahu bayar roadtax tak bole,so mcm nak bantu saya

  2. @wazy
    Lega rasanya dpt kelonggaran mcm ni. nampaknya boleh la aku renew lesen dan memandu dlm keadaan lapang dada utk balik raya ni.

  3. kerajaan bg kelongaran renew.bererti ramai juga orng yg ada kena saman akta 1987.dan mereka bg renew tetapi mst jelas saman akta 1987.lg pun saman tu ialah rm 300…lebih baik kerajaan fikir cara bg discount.supaya orang yg dapat saman dari dulu terus mereka ke selesai saman tu.ini cara lbh baik.skrg pula mst mau bayar rm300.fikirlah ini bkn kah bg rakyat susah.ekonomi malaysuia dan gaji kat malaysia tinggi kah kira dollar kah……………………………

  4. np akta pengangkutan 1987 pny tak blh bayar pula.jika bgt pun lagi sesetengah rakyat juga.jika 1 saja tak apa .tapi kalau ada4 saman mereka nak kita jelas sekali barulah bg renew cukai jalan .sama juga bg baban bg rakyat yg pendapatan rendah.nak mereka sekali bgt keluarkan wang.betul tak.np kerajaan tak ada fikir tentang masalah begitu.np tak bg kelongaran yg bg tempoh masa bayar.mahu juga sekali membayar.jika bgt ada juga kebanyakan pendapatan yg rendah tak dpt renew.np tak perhatikan masalah bgt.

    1. setahu saya, saman ekor tersebut tak burn, diorang cuma tarik balik senarai hitam pesalah trafik, kiranya mana yg blacklist tu blh renew cukai jalan/lesen memandu dalam tempoh yang ditetapkan, tp saman2 sebelum ini takde diskaun..kena bayar mcm biasa. itu mana yang saya faham lah.

  5. Satu tindakan yang bagus..sepatutnya, kabinet pun tarik balik any tol yang dah buat breakeventu….tol merata2,untung berjuta2 berbillion2…yang untungnya sesetengah pihak aja…

    1. tulah harap2 semuanya sukses, tp ramai jugak yg x fhm nie, diorg ingatkan sama2 sblm nie lupus..aiyoo sebenarnya untuk mereka yang blacklist blh renew lesen memandu/cukai jalan sebelum tarikh yang ditetapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge