Salam semua, pagi tadi kami ke Mentakab, ada urusan disana sambil shopping baju-baju raya untuk anak-anak. dalam pada itu kami singgah ke Klinik Gigi yang letaknya di pekan aka bandar Mentakab. Klinik gigi nie memang biasa family en.hubby Yan pegi, sejak diorang dari kecil lagi, kira dah kenal sangat dengan doktor tu.
Snap gambar *Pekan Mentakab* nie dari bangunan Klinik gigi
Masuk-masuk je kedalam Klinik tu rasa sejuk aje mata memandang, walaupun keadaan dalam klinik agak usang dan berzaman tapi dekorasinya betul-betul membuatkan hati Yan tertarik dek kehijauan didalam Klinik tersebut, meh layan gambar yea 🙂
Pemandangan dalam klinik ini agak klasik sikit 🙂
Sana sini ada pokok hijau, kat meja tu kiri kanan atas bawah ada pokok hijau 😛
Sayang sekali di bahagia koridor klinik ini semacam tidak terjaga, tapi disebabkan kehijauan gitu mata pun redup je rasanya 😛
Minat betul Doktor nie kat pokok2 hijau nie 😛
Tak cukup kiri, kanan, depan, belakang klinik, atas pun ada jugak daun-daun hijau nie..ehehe 😛
Akuarium pun dah nazak, dah tak nampak dah ikan-ikan kat dalam tu dek nak bagi sama kaler ijau kot…ehehe *berlumut*
Sebelum balik sempat lagi Yan snap bahagian tepi kaunter tu, kelihatan ada bilik rehat kat sebelah tu, tapi tak intai pun ada pokok hijau ke tau dalam bilik tu..ehehe
Nota Yanmie : Rezeki MIL, hari nie doktor tu bagi FOC perkhidmatan rawatan gigi, kalau tidak charge yang sepatutnya kena dalam RM500. MIL kata *selamat duit mak*…ehehe
mahal nyee..servisnye cam ne
ahhaha jadi nusery
aa sejuk mata memandang
wow! mesra alam…hik3
huhu..best nyer la tgk kehijaun..sedap mata memandang..
yes betul tu…adakah sesedap mata memandang blog nie?? ehehhee 🙂
wah..rm500?? servis gigi mas ke yan?
kehijauan..ahak boleh buat taman bunga nih hihihi
salam kenal, nice blog!
wah untungnye MIL dapat FOC tu 😀