Salam semua, pagi nie nak balik ke Klang, cuti memandu untuk 1 minggu sebab nak amik berkat berpuasa kata cikgu aka instructor memandu. So en.hubby kata takpe baliklah dulu Klang seminggu then boleh berpuasa sama-sama, so pagi nie akan balik ke Klang. Doakan perjalanan kami selamat yea 🙂

Ok nie pasal berita kat myMetro, tentang pernikahan Maizawati dengan seorang jejaka muda yang ingin dikenali dengan nama Mohd 23 tahun, sangat muda bakal suami Miazawati nie, jarak 10 tahun dengan usia dengan Maizawati. Tapi tulah kan cinta itu buta tak mengenal umur. Apa pun kita doakan mudahan pasangan ini akan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Berikut laporan dari akhbar Online myMetro

KUALA LUMPUR: “Saya terlalu merindui anak-anak dan berharap mereka dapat menghadiri majlis pernikahan ini,” luah Maizawati Zainal, 33, bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

BAHAGIA…Maizawati mendukung anak bongsu, Muhd Shatiri Hidayahtullah bersama empat lagi anaknya ketika perbicaraan tahun lalu.

Menurutnya, sudah lebih setahun dia tidak berhubung dengan Akhil dan berharap bekas suaminya memberi keizinan kepada kedua-dua anaknya menghadiri majlis itu di Taman Utama, Bercham, Ipoh, Isnin ini.

“Saya baru dapat bercakap dengan mereka, kelmarin. Saya sudah beritahu majlis itu dan kedua-duanya begitu teruja untuk menghadirinya.

“Akhil juga dijemput, itupun jika dia sudi hadir. Tapi, saya tak dapat menjemputnya secara peribadi kerana saya akui kami tidak pernah berhubung lebih setahun lalu sejak kontroversi tercetus.

“Malah, nombor telefon bimbitnya juga tiada dalam simpanan saya. Hanya melalui media sajalah saya mampu menjemputnya dan berharap dia sudi hadir ke majlis pernikahan saya,” katanya.

Ketika dihubungi semalam, Maizawati berkata, dia dan keluarganya kini sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahannya sebelum bergelar isteri kepada pemuda pilihan hati yang ingin dikenali sebagai Mohd, 23.

“Yang sudah berlalu, biarlah berlalu kerana antara saya dengannya (Akhil) memang sudah tiada jodoh. Saya sedikitpun tidak menyimpan dendam atas apa yang berlaku terhadap kami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai majlis pernikahannya, Maizawati berkata, persiapannya kini hampir 80 peratus siap dan segala-galanya berjalan lancar.

“Sokongan keluarga dua-dua pihak terutama ibu bapa kami amat mengharukan, malah merekalah tulang belakang untuk menyempurnakan majlis ini.

“Merekalah yang menggalakkan kami mempercepatkan pernikahan kerana bimbang keselamatan saya yang terpaksa ke sana ke mari seorang diri menguruskan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, mengikut perancangan dia dan bakal suami sepatutnya bernikah penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Namun, katanya, keluarga terpaksa menukar tarikh kerana mereka lebih senang melihat dia ditemani suami.

Perkahwinan pasangan itu sepatutnya dijadualkan Mei lalu, namun terpaksa ditangguh berikutan keadaan kesihatan orang tua kedua-dua pihak tidak mengizinkan.

“Bagaimanapun, benarlah kata orang apabila sudah sampai jodoh, kita memang tidak dapat menolaknya.

“Saya harap pernikahan ini dapat membahagiakan kami, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kisah hidup saya dan menutup mulut individu yang menabur fitnah terhadap kami,” katanya.

Sementara itu, Akhil ketika dihubungi berkata, dia tiada masalah membenarkan anak-anaknya menghadiri pernikahan ibu mereka, cuma tarikh dipilih tidak begitu sesuai.

“Ana (saya) izinkan anak-anak pergi, tapi tengoklah macam mana. Jika mereka mahu pergi, ana usahakan menghantar mereka ke sana,” katanya.

Mengenai pernikahan bekas isterinya itu, Akhil berharap Maiza dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
“Baguslah dia kahwin, lagipun sebelum ini dia pernah mengatakan kepada ana mahu mendapat suami yang lebih baik, semoga impiannya tercapai,” katanya.

Mohd pula ketika dihubungi berkata, walaupun dia hampir hilang kekuatan akibat tohmahan dan hinaan segelintir individu yang mempertikaikan perkahwinannya dengan Maiza, namun sokongan keluarga membuatkan dia tetap mahu memulakan hidup bersama insan tercinta.

“Biarlah orang nak kata apa saja mengenai kami kerana bukan mereka yang mahu hidup bersama Maiza, tapi saya sendiri. Umur hanya sekadar angka. Biarlah kami meneruskan hidup dengan bahagia,” katanya.

.

Updated

MOHD Yassin Ben @ Abd Rahim,23 menyarungkan cincin kepada isterinya,Maizawati Zainal,33 yang juga bekas isteri pendakwah bebas dan artis,Akhil Hayy di majlis pernikahan mereka di Ipoh hari ini (09.08.2010) – sumber Metro Harian.

Nota Yanmie : Moga berbahagia hingga ke akhir hayat 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Maizawati Berkahwin – Gambar kahwin Maizawati”
  1. amin semoga berbahagia akhir hayat~
    lagipun saya tgk muka mereka berdua ada iras….
    memang dah jodoh dan semoga ianya berpanjangan….
    amin ya mujib ~

  2. semoga bahagia hingga ke syurga w/pun jauh jarak usianya, siapa tahu suami muda tu seorang yg matang fikiran dan tindakannya. semoga dia berjaya menjadi nakhoda keluarganya.

    1. alhamdulillah mudahan diorang bahagia hingga ke akhir hayat.
      syukur lan dpt gak ku adjust sikit2 themes nie..memula fening jugak..haha rupanya kena upgrade ke themes version baru. btw thanks ye lan, oklah jugak view blog ku di IE..klu nda memang buruk gila..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge