Salam semua, maaflah yea seharian tak de masa nak online, kalau online pun setakat on lappy then tak duduk pun depan lappy sebabnya sangat sibuk dengan tempahan kuih batang buruk sabah, maaf jugak sebabnya tak open order kat sini, bukan apa takut tak terbuat nanti, sebabnya tempahan yang ada sekarang nie pun banyaklah jugak, ingatkan memang taknak buat tapi permintaan sangat tinggi, lagipun order semua datangnya dari customer yang sebelum-sebelum ini, syukur nampaknya kuih batang buruk sabah versi yanmie memang disukai…ekeke 😛

Semalam jugak pergi beli bekas aka balang untuk letak kuih batang buruk sabah tu, bahan-bahan dah beli kat bandar pusat nie aje, tapi bekas tu ler takde, so kami cari ke Pasaraya Cowboy. ehehe kelakar je nama pasarayanye kan 😛

memang meriah barang-barang yang ada di pasaraya cowboy nie, macam-macam ada, kiranya tempat orang beli borong, tapi beli sikit-sikit pun boleh no problem, yang bestnya harga jauh lebih murah dari tempat lain.

Rambang mata kalau duduk lama-lama kat dalam nie, MIL sahaja dah borong banyak 😛

Barangan plastik macam-macam jenis ada, corak pun belbagai

Pinggan mangkuk pelbagai jenis dan corak, ingat nak rembat yang plain tapi dh tak muat troli, kami tolak 3 troli…hahhaa pulun abis seh!

Barang mainan pun bersepah-sepah, agak-agak yang ada anak kecik sila jangan lalu kat kawasan nie, boleh tido nanti anak korang kat pasaraya cowboy nie..haha, nasib baiklah Aiman dengan Haziq dah janji tak minta apa-apa, kalau tidak jawabnya kenalah rembat 1-2, itu kalau nak 1-2 barang, buatnya nak ambik banyak, huh! naya woo…sebabnya mainan kanak-kanak kat sini sangat comel 🙂

Sebenarnya ada banyak lagi barang-barang yang dijual di pasaraya cowboy nie, dari barang sekecik-kecik semut sampailah barang sebesar-besar gajah, dari barang perhiasan, perkahwinan, makanan, barangan dapur dan macam-macam lagi lah, cuma yang takde barang basah dan sayur-sayuran.

Oklah setakat tu sahaja, sebelum tu Yan nak ucapkan terima kasih pada Zida kerana sudi memberikan ruang iklan percuma untuk blog ini selama sebulan. Thanks ye dik, terharu gitu 🙂 nanti akak bagi banner tu yea 🙂

Nota Yanmie : komen-komen sebelum ini insyallah Yan akan balas, bagi Yan sikit masa yea 🙂