Salam semua, nie nak share 1 buku yang menarik, tajuknya Perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus hasil karya dari Ustaz Sharhan bin Shafie, yang berasal dari Kg Air Merah, Macang, Kelantan. Sebenarnya tak plan pun nak beli buku nie, asalnya nak belikan Aiman Buku Iqra dan Yan terpandang buku tersebut, selak punya selak hati tertarik nak tahu tentang perubatan islam yang mampu menangkis kejahatan makhluk halus.

Apa yang menariknya tentang buku ini, segala hadis dan dalil ada di sertakan, malahan doa pendinding diri pun ada, dalam buku ini jugak ada di jelaskan tentang rahsia alam jin dan syaitan, menangkis kejahatan ilmu hitam, menyingkap rahsia saka dan keturunan dan banyak lagi, dalam buku ini jugak ada di ajar cara menangkis perbuatan jahat makhluk halus.

Pada pendapat Yan rasanya buku ini wajib ada di setiap rumah. rugi bagi korang yang takde buku nie, so cepat-cepat gi cari yea, buku nie keluarannya adalah terhad.

Ok serba sedikit tentang penulis, mendapat pendidikan awalnya disekolah Kebangsaan Air Merah dan kemudian menyambung pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Arab Shamsul Ma’arif.

Menyambung pengajian tingginya di kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab selama tiga tahun. Di KUSZA, beliau pernah diamanahkan sebagai Naib Presiden Dewan Tertinggi Pelajar.

Telah melibatkan diri di dalam perubatan semenjak di bangku sekolah lagi, Melalui ilmu dan pengalaman yang telah dikiliki, Ustaz Sharhan telah mengadakan “klinik Perubatan Islam ” di Kedah dan Kuala Lumpur.


Klik LINK bawah untuk update terbaru!!


Ibu di tetak akibat membaca buku perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus”
  1. yanmie :
    terima kasih erma atas komen tersebut, memang betul apa yang saudari nyatakan disini, hanya orang yang kuat sahaja rasanya boleh membaca buku ini. saya sendiri tidak kuat untuk meneruskan pembacaan buku tersebut.

    ya !! saya sokong!! kena banyak2 berdoa ler sebelum baca buku ni,takut syaitan nak try test gunakan kiter, so mcm tu lah jadi nya..dgr bunyi pelik2 pas tu jadi benda tak elok pulak.. org yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan.. just be careful .. 🙂 🙂

  2. Kejadian pembunuhan itu dikatakan disebabkan buku ini. Yang membuat tuduhan adalah bapa pemuda itu yang tak tahu menulis dan membaca. Maka bapa nya sendiri tak tahu membaca, maka tuduhan ini tak betul.

  3. @yanmie

    bg saya, tidak ada masalah jika saudara membaca buku ini..saya pun sudah khatam banyak kali buku ini.Buku ini tiada masalah. Memaparkan ayat-ayat rukyah daripada Al-Quran dan juga zikir-zikir mengikut hadith yang sohih.Tidak ada masalah kita mengamalkannya sebagai pendinding diri dan juga rumah.

    Bertindak membunuh serta menetak orang itu semua tiada dalam buku tersebut…pelik betul ada yang salah anggap tentang buku ini tanpa membacanya…=)

    1. yes btul tu tp bila saya baca rasa bila duduk bersendirian saya teringat-ingatkan buku tu, lagipun saya nie imaginasi kuat, tp memang betul kata saudari buku nie memang elok untuk pendinding diri dan rumah kita.

  4. @ehem ehem
    salam sahabat ..

    buku ini bukan punca pembunuhan..Ustaz syarhan merupakan pakar perubatan islam yang sudah tidak asing lagi,menulis buku ini..

    Belajar tanpa guru itulah yang menjadi puncanya….Buku adalah alat, alat memerlukan orang yang mahir untuk mengendalikannya.

    Dalam kes ini,

    jangan menyalahkan buku itu sebaliknya berguru dengan syaitan adalah silapnya.

    Tidak pernah ilmu agama mengajar kita kepada keburukan..tambahan pula, ilmu perubatan Islam lah yang banyak membantu ummah dalam menangkis makhluk halus..

    Nasihat:

    Bergurulah..jangan membaca tanpa guru….sedangkan untuk mengamalkan ilmu perubatan islam itu sendiri memerlukan tauliah..

    1. terima kasih erma atas komen tersebut, memang betul apa yang saudari nyatakan disini, hanya orang yang kuat sahaja rasanya boleh membaca buku ini. saya sendiri tidak kuat untuk meneruskan pembacaan buku tersebut.

  5. buku nijugak yang dibaca oleh seorang pembunuh berusia 23 tahun yang menetak ibu kandungnya sendiri di kepala .di PEKAN mendakwa beliau mendengar bisikan halus yang menyatakan ibu kandung nya sendiri adalah jelmaan saka. beliau menetak ibunya kerana itu adalah satu cara yang digunakan untuk menghapuskan saka tersebut yang juga diajar di dalam buku yang Encik promotekan di atas. jangan plak pas ni ader lagi kes tetak menetak keran buku ni yer…kalau tak caye leh check kat harian metro dated 10.11.10.

    1. terima kasih sudi berkongsi, saya baru sahaja tahu bahawa buku tersebut penyebabnya suspek menetak ibunya..takut pulak saya nk teruskan pembacaan tersebut.

  6. sy ni memang jenis suka membaca, tak kisah la majalah ke buku ke, tp tu la, nak beli semua tu, kena pakai duit..hehe poket pun asik kering je ni, biasalah org tanam anggur kan, so just bc2 kat internet je la jwbnya hehe

    1. takpelah blh baca online..tp dpt baca buku nie hasil karya ustaz sharhan nie lg best, ala murah je xdelah mahal rm20. x rugi rasanya beli, memang berbaloi.

    1. eh buku nie mmg betu2 best, kakyan jenis malas nk baca dan beli buku, tp bila beli buku nie mmg betul2 best! belilah tak rugi..buku nie betul2 blh membantu dan berfaedah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge