Raja Azura bercerai?

Salam semua, baru lepas baca pasal desas desus yang mengatakan pelakon, pengacara dan jugak penyampai radio Sinar FM iaitu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin 38 tahun, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku yang dikatakan bakal bercerai, alahai baru aje kes perceraian Maya karin dengan bekas suami dan perceraian Anne Ngasri dengan Wafi, kini giliran Kak engku pulak.

Apa-pun mereka lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi diantara mereka. Berikut sumber dari Budiey.com Yan sharekan di sini.

Sumber stesen radio Sinar FM yang dihubungi memberitahu Raja Azura (gambar) sepatutnya tidak boleh “bercuti” kerana pada ketika ini seluruh stesen radio sedang melalui tempoh kaji selidik untuk mengetahui jumlah pendengar.

“Dia diberi cuti khas untuk menyelesaikan masalah peribadi,” kata sumber berkenaan tanpa memberitahu sampai bilakah pengacara itu akan bercuti.

Berikutan itu hanya Khairil dan Salih Yaccob sahaja bertugas mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Berita keretakan rumah tangga pengacara itu yang dibina bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, telah lama kedengaran tetapi ia dinafikan oleh Raja Azura.

Sebaliknya pelakon itu mendakwa rumah tangganya bahagia dan desas-desus yang diperkatakan itu hanyalah sekadar khabar angin.

Difahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut.

Pihak mahkamah juga enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu. Sementara itu seorang peguam yang dipercayai terlibat mengendalikan kes membabitkan Raja Azura tidak mengaku mewakili artis berkenaan. Sebaliknya peguam tersebut terkejut bagaimana wartawan mengetahui berita tersebut.

“Kalau macam itu carilah (maklumat) dengan pihak mahkamah. Maaf saya ada pelanggan,” katanya

Raja Azura berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

KREDIT – BUDIEY.COM

Gambar Raja Azura bersama anak-anaknya

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4 tahun.

Updated 07.10.2010

Raja Azura @ Kak Engku Sah Bercerai

2010/10/07 KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

“Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu. – Metro

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Raja Azura bercerai?”

  1. dah lumrah artis..orang biasa pun ada jugak bercerai berai ni..tapi tak heboh..kalau artis…cepat je la kan..walaupun baru submit borang… 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published.