Seniwati Mariam meninggal dunia

Salam semua, Takziah di ucapkan kepada keluarga seniwati filem melayu 50-an atas pemergian arwah Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, di rumahnya di sini, pagi ini.

Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Allahyarham Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem “Batu Belah Batu Bertangkup” Allahyarham Bat Latiff.

Berita lengkap Yan kongsikan sini yea :-

SINGAPURA: Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini, pagi ini.

Menurut ahli keluarganya, Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Films Production di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua di kondominiumnya di Yishun kira-kira jam 5.50 pagi.

Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Allahyarham Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem “Batu Belah Batu Bertangkup” Allahyarham Bat Latiff.

Mariam atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Tahi Lalat di kalangan peminatnya dilahirkan di Singapura pada tahun 1935, dan pernah berlakon bersama seniman agung Allahyarham P.Ramlee dalam filem “Anjuran Nasib” arahan B S Rajhans pada 1952.

Melalui filem ini Mariam telah memenangi gelaran ”Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua” oleh Filem Raya Magazine pada 1953 dan juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu tahun lalu.

Bekas pelayan restoran sebelum menceburi dunia perfileman, Mariam pernah berlakon dalam filem seperti “Aloha” (1950), “Dewi Murni” (1950), “Kembar” (1950), “Aladdin” (1952), “Kipas Hikmat” (1955), “Abu Hassan Penchuri” (1955) dan “Antara Dua Darjat” (1960).

Antara pelakon yang seangkatan dengan Mariam ialah Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapa Maarof, pelawak S. Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.

Allahyarham meninggalkan enam anak daripada dua perkahwinan.-Bernama

Nota Yanmie : Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmay dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman…Amin 🙂

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

5 thoughts on “Seniwati Mariam meninggal dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published.