Salam semua, eh tajuk nie bukan tajuk ehem-ehem ok! nie adalah keywords yang masuk ke dalam blog ini pagi tadi. so apa salahnya kita kongsikan hal tersebut, maybe ada rakan-rakan kita yang mengalami perkara yang sama tetapi tidak tahu akan status puasa mereka bila kejadian ini terjadi. *Sperma keluar waktu puasa*

Dari apa yang Yan tahu, Batal puasa sekiranya keluar sperma aka air mani sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Mari Yan kongsikan serba sedikit info yang Yan jumpa hasil dari menggoogle tadi πŸ˜›

Soalan : Merujuk kepada persoalan dan jawapan berikut (diforum Al-Ahkam.net);

Bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)?

Jawapan; Jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. Jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Persoalannya,

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita/lelaki? Adakah pada keghairahannya?

2) Jika air mani wanita/lelaki itu ada atau terkeluar. Sudah pasti puasanya batal. Adakah wanita atau lelalki tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa sahaja? Sebab tak berlaku persetubuhan, hanya muqaddimah sahaja.

Jawapan:

1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;

  • Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti putih telur.
  • Keluar dengan memancut.
  • Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.

Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.

2) Jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. Ini pendapat keempat-empat mazhab. Dalilnya:

a. Ada hadis sahih menyebut tentang puasa, iaitu: β€œMeninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana AKU (ALLAH)”. Bukhari 2/670.

b. Qiyas kepada muntah dengan sengaja. Sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. Maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.

Diceduk daripada Syarah Syeikh Muhammad al-Syanqiti Hafizahullah,

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. Manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yang mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.

Wallahu A’lam

Sumber SINI

Nota Yanmie : Sapalah tu yea yang carik keywords nie πŸ˜›

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

47 thoughts on “Sperma keluar waktu puasa – Batal atau tidak?”
    1. sign up dulu kat getclicky.com lepastu install plugin getclicky then masukkan no api ke apa ntah kt setting plugin tu..barulah xkena version yg bayar..kiranya guna free dr plugin tu πŸ˜›

  1. penah gak belajar pasal ni dalam subjek syariah kat skola dulu. Asal keluar je mani, memang batal. Tapi bab ganti puasa tu tak sure plak.

    1. ahaha akak, yan ngan hubby baca komen nie sama2…dia sengih baca komen akak, wakakka πŸ™‚

      maybe sbb entry yang makanan ghairah kot hari tu, ntah yan pun x google blk πŸ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge