Susulan kes cerai Roslin Hashim ada kaitan dengan Raja Azmi

Salam semua, semalam kecoh pasal laporan akhbar tentang Roslin Hashim failkan cerai lepas sebulan berkahwin, macam-macam komen yang Yan baca tentang kes nie. Dan di bawah ini pulak adalah laporan penuh akhbar berita harian online hari ini.

HULU KLANG: Isteri pemain badminton negara, Roslin Hashim, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, perceraian mereka berlaku selepas beliau mendapati suaminya bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu.

Norhayati Othman, 38, dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad berkata, beliau mendapat tahu Roslin dan Raja Azmi ke Hotel Corus dan mendaftar masuk di bilik 533 di atas nama Raja Azmi.

Beliau kemudian bersama ibu dan dua adiknya ke tingkat lima hotel itu dan menunggu suami Raja Azmi, iaitu Jailani Sidek untuk bersama-sama ke bilik 533 di tingkat tiga hotel itu.

Namun, Jailani seolah-olah cuba melengahkan kami ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkannya keluar dari bilik itu. Dia mungkin bimbang mereka ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berdua-duaan.

Roslin dikatakan sudah keluar dari bilik itu. Saya minta Jailani hubungi Roslin dan meminta dia tunggu saja dalam bilik itu. Mereka mengaku berada bersama dalam bilik itu dan pada jam 8.32 malam berlaku lafaz cerai, katanya menjelaskan punca perceraian mereka.

Menjawab soalan peguam Zulkarnain Luqman yang mewakilinya, Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu berkata, sebelum talak dilafazkan, berlaku perdebatan beliau dengan Roslin dalam bilik hotel itu.

Beliau berkata, ketika kejadian Roslin duduk atas kerusi dan berada dalam keadaan sedar dan tenang, siuman serta mengambil masa kira-kira lima hingga tujuh saat sebelum menjawab soalannya.

Ditanya apa soalan yang ditanyakan kepada Roslin, Norhayati berkata: Ketika itu saya berkata saya mahukan jawapan sekarang, selepas itu dia lafazkan (talak) yang berbunyi I ceraikan you lah.

Terdahulu, Roslin memaklumkan kepada mahkamah beliau tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penyata tuntutan yang dikemukakan oleh isterinya dalam permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan kelmarin.

Nota Yanmie : Diorang buat ape ye dalam bilik berdua-duaan??

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Susulan kes cerai Roslin Hashim ada kaitan dengan Raja Azmi”

  1. apela raja azmi ni kan da de suami..dunia nk kiamat..si suami siap coverkan lg..raja azmi mmg ramai ckp die mmg jahat

  2. Macam2 Kes La.
    Kalau Rasa Tidak Mampu Nak Kawin Jangan Kawin =.=
    Kalau Hanya Kawin Cerai. Memang Tidak Setuju Saya

    New Entry Prof-Hariz
    Ayie Tak Puasa Tapi Nak Raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.