Tema hari kemerdekaan 2010

Salam semua, tak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan Negara kita Malaysia yang ke 53 tahun. Tema hari kemerdekaan aka kebangsaan kali ini iaitu “1Malaysia Menjana Tranformasi“, gah gitu tema kebangsaan negara kita kali ini, harap-harapnya tercapailah apa yang nak di transformasikan tu nanti 🙂

Sebelum itu marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi semangat hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera negara kita malaysia, teringat kat kampung Yan, bila tiba sahaja bulan kemerdekaan, sambutan sangat memberangsangkan, seperti pesta pun ada.

Yang bestnya kenderaan awam semua memasang bendera, tak kira dari kenderaan yang kecil mahupun kenderaan besar seperti lori dan bas, tapi sekarang nie semangat kemerdekaan tu tak berapa nak membara, pasal apa pun tak tahulah…sapa yang tau?? meh komen!

Tapi tulah kecewa dengan masyarakat kita sekarang, sepatutnya dalam pada negara kita semakin maju ke hadapan ini, pemikiran rakyat pun harus selaras dengan pembangunan, tapi ini tidak! macam-macam kes sekarang yang terjadi, macam-maca gejala anak muda lakukan, begitu jugak dengan orang orang dewasa turut tidak ketinggalan melalukan gejala yang tidak sihat, tak perlulah yan nak huraikan panjang lebar, tengok aje sekeliling kita bagaimana??

Harap-harap tema hari kebangsaan 2010 nie bukan sahaja setakat tema tetapi harapan agar ianya dapat di realisasikan agar “1Malaysia Menjana Tranformasi” dapat di capai 🙂

Nota Yanmie : Kalau kat kampung, mak siap pacak tiang bendera lagi…keh3 🙂

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

17 Comments on “Tema hari kemerdekaan 2010”

  1. sambutan kemerdekaan
    apa yang diutamakan?
    1.persembahan nyanyian.
    2.pertunjukkan bunga api.
    3.bacaan doa selamat.
    4.perarakan motor.

  2. adei…koz setiap hari kemerdekaan mesti pacak jalur gemilang kat dpn umah…tpi mmg betul ckp kak yan ,ada gak sesetgh umah yang xde semangat mcm kita ini…lagi2 detik 12 malam je dah lelap je smua…hiihi…

    p/s: kalau time detik 12 malam 31 ogos pemandangan dri umah koz boleh tgk menara petronas…cntik tau tgk percikkan bunga api…^^,….

  3. sy setuju dgn pendapat ni…mmg betulla kate yanmie tu..budak zaman skang ni mcm² hal..adakah diorang ni bersedia untuk melakukan transformasi??susah kita nak cakap pasal benda² mcm ni..bak kata orang otai² generasi sekarang dah tak dapat diselamatkan lagi..huhu generasi yang akan datang perlu dipupuk dari kecil..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge