Virus kencing tikus kini menular

Salam semua, berita TV3 pukul 8.00 malam tadi ada memaparkan tentang penularan wabak virus kencing tikus kini menular lagi, terbaru seorang lagi di laporkan mati akibat terkena serangan virus kencing tikus di kedah, manakala empat yang lain disahkan positif kuman Phatogenik Leptopspira ataupun lebih dikenali sebagai virus kencing tikus.

Mangsa yang meninggal dunia berusia lingkungan 30-an dan adalah kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang datang bersama dua rakan untuk berkelah di Lata Bayu.

 

Seorang lagi mangsa wabak kencing tikus

4 orang kini di rawat kerana positif kuman Phatogenik Leptopspira ataupun lebih dikenali sebagai virus kencing tikus.

Berikut jugak sumber dari Berita Harian Online dan Bernama

ALOR SETAR: Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini.

Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isa berkata, setakat ini, seorang telah disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, manakala empat yang lain disahkan positif kuman Phatogenik Leptopspira.

“Mangsa yang meninggal dunia berusia lingkungan 30-an dan adalah kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang datang bersama dua rakan untuk berkelah di Lata Bayu.

“Dua rakannya yang positif kuman terbabit, kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dr Marzhuki berkata, dua lagi ialah pengunjung yang berkelah di Puncak Janing dan mereka sedang dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Beliau berkata, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantar pasukan penyiasat untuk mengambil sampel air dan tanah di hutan lipur terbabit.
“Hasil ujian yang dijalankan turut mengesahkan Puncak Janing dan Lata Bayu positif dicemari kuman Phatogenik Leptopspira.

“Pihak kami meminta jabatan perhutanan daerah menutup sementara kawasan peranginan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan dan pencegahan,” katanya.

Beliau turut menasihati penduduk sekitar kawasan terdedah wabak berkenaan agar tidak menggunakan air dari sumber air bukit bagi kegunaan harian kerana dikhuatiri dijangkiti virus berbahaya itu. – BERNAMA

Sebelum ini jugak Virus kencing tikus pernah menggemparkan kita tentang kematian seorang artis iaitu Arwah Din Beramboi yang meninggal dunia akibat terkena serangan virus kencing tikus ini, Alfatihah buat arwah.

Dan baru-baru ini jugak kejadian misteri Lubuk Yu yang mengorbankan 7 nyawa jugak berpunca dari Virus kencing tikus ini.

LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.

CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.

KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI
Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata. Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.

Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai. Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka. Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.

Sumber SINI

 

Nota Yanmie : Sama-samalah kita jaga kebersihan, nak makan kat luar kena fikir 2-3 kali…huhuhu

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Virus kencing tikus kini menular”

  1. Pingback: Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus" | Cerita Dari Hati
  2. k yan… tq 4 sharing… masa kes kt Lubuk Yu tuh sy pon kenpius cemana bole jadik… coz tmpt tuh kan ker air byk, so aper2 kotoran bole kasi cuci kan? dh bc n3 akak neh br tau dier bole tahan kt air tawar yea? ini juga peringatan kpd manusia supaya menjaga kebersihan kan? tgk ajerlaa kalo g tmpt2 perkelahan, sampah ader d mana2… happy2 piknik tp sampah2 semua happy2 buang juger…. terutama sisa2 mknan…tikus dok g kerumun.. btui kata akak, kalo air tin tuh kne basuh dlu then minum pakai straw.. coz kiter x tau keadaan stor depa cemana kan? nauzubillah laa….

    1. salam,
      tulah virus kencing tikus nie memang bahaya, lah nie aktiviti luar yang seumpama mcm nie memang akak x pegi. tulah air kencing tikus tu mmg blh thn kt air tawar…eee risau kan.

      minta di jauhkan lah dari kita benda2 macam nie…nauzubillah

  3. Salam kak Yan,

    Seram lak dgr wabak2 ni… lepas satu2 bala Allah turunkan utk sedarkan manusia, semoga kita semua dijauhkan dari semua wabak2 yang membahayakan.

  4. ishhh..tak tengok berita la tadi..makasih share ye yan..akak memang jarang ada aktiviti luar sekarang ni.. 🙂

    p/s pukul 6.30 tadi takde amik gambar ke? 😛

    1. oh yeker?? lor better xyah pegi dululah…takut woo, buat jelah aktiviti lain, pi tgk wayang ke, main bowling ke…wah pepandai je bg idea…ehehe

    1. hahaha punyelah berjela entry nie, tang gambar je dia nmpk 😛

      mestilah sempat luth, akak pakai handset cap ayam je, snap gmbr bnyk kali pastu pilih mana yg ok 🙂

      akak klu duk dpn TV mmg handset kt tgn, standby…ekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published.