(Video) Teacher Shida aka Cikgu Shida memang terbaik!

Salam semua, pagi tadi yang jem kat youtube, duk layan Teacher Shida punya miming, best giler ini cikgu! sempoi arr, suka pulak Yan tengok, semua video Teacher Shida nie Yan dan habis tengok, boleh kata kaki ngan kepala pun ikut rentak Teacher Shida aka Cikgu Shida yang terer bab mimimg..ehehe. kelakar betul Yan tengok! memang menghiburkan, paling best dia miming lagu Stacy yang bertajuk Jahat, betul-betul bersemangat Yan tengok, Yan pun ikut sama terhibur..ehehe

Jomlah korang gi terjah video-video teacher shida nie sebelum di privatekan, masuk SINI

Kalau nak join fan facebook cikshida (Teacher Shida) boleh je terus ke CikShidaDariParit’s Fans, memang best sangat dapat kenal cikshida nie, tak sabar nak tengok next video pulak..ehehe 😛

Tapi kan ramai jugak sebenarnya yang tidak suka dengan perbuatan cikgu shidah nie, mereka mengatakan perbutan dia adalah sangat memalukan profesyen perguruan, entahlah..korang boleh jugak baca komen-komen tak Foto Khaiitt Tuiii !! Untuk Video Cikgu Shida Mereng , Yan disini tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma Yan nak katakan Yan terhibur tengok video dia…hahhaa 😛

.

Free Laptop Acer Aspire One, klik  SINI

.

Nota Yanmie : Terbaek!!

video paling kelakar – mesti tengok!

Salam semua, pagi-pagi lagi dah menapak kat youtube, duk search-search video Cinta Kirana then lepastu layan funniest video. sebenarnya video tersebut Yan dah pernah tengok kat Astro (The Drew Carey Show), memang time tengok nie Yan gelak terbahak-bahak dengan en.hubby memang tahap tak boleh tahan punya gelak, sampai keluar air mata..hahaa punyelah dasyat kelakarnya, jom layan….senaman mulut sikit hari nie..ehehe 😛


Hah…amacam?? kelakar tak?? paling tak boleh blah time diorg buat aksi naik Jet Ski..ahahaha, lepas tu aksi amik buah kelapa tu..kah3…sungguh-sungguh senaman mulut hari nie, sempoi betul Richard Simmons 😛

Nota Yanmie : adoiii kelakar giler 😛

Alat melipat baju – Mesti cuba!

Salam semua, selamat malam yea, tadi sambil-sambil layan youtube dan terjupa video cara buat alat melipat baju, so Yan cubalah buat eksperimen tu jugak, kebetulan bahan pun ada so layankan aje *tetiba rajin* hahha, layankan video bawah nie yang di demokan oleh anak Yan sendiri iaitu Aiman. layan yea…

.

amacam??? ehehe…anak-anak Yan pun jadi seronok, so lepas-lepas nie ringan sikit beban, anak-anak boleh tolong melipat kain, hahaha….akhirnya jumpa jugak alat untuk melipat baju kan…yelah Yan nie banyak-banyak keje paling tak suka melipat baju..hahaa tak tahu lah napa..ehek 😛

Continue reading “Alat melipat baju – Mesti cuba!”

Rxlite dan Coklat Bar Attain (Crave Blocker)

Salam semua, minggu nie badan tak berapa sihat sikit, kemalasan melanda jiwa, betul-betul malas tahap cipan, kerajinan tu memang ke laut arr, lepas tu pulak memang kuat tidur sekarang nie..hahaha adooiiii MALAS! tapi syukur alhamdulillah dah ok sikitlah, maybe perubahan hormon kot *sedapkan hati je* sejak duduk kampung hari tu sampailah sekarang berat badan banyak naik, fuh!! bencik giler…now nak cover balik..huhu, apa lagi layankan benda kat bawah nie jelah…hehehe 😛

Dua produk atas tu yang tengah ambik sekarang, ekceli rxlite tu sebelum puasa lagi beli 2 kotak tp minum sekotak aje, then ada lagi sekotak nie perabis ajelah, rasanya memang sedap, perasa coco, insyallah kalau abis nak beli lagi…ngggee~~ dan kotak yang lagi satu tu ialah coklat bar Attain produk dari Canada, yang nie my en.hubby yang belikan, thanks yea dear. Coklat bar nie tujuannya menyekat selera makan kita secara  neutral dan secara tidak langsung boleh menurunkan berat badan.

Continue reading “Rxlite dan Coklat Bar Attain (Crave Blocker)”

Review #Newtwitter

Salam semua, hari nie nak cerita tentang #newtwitter, pagi nie baru Yan perasan yang Yan baru aje dapat newtwitter nie, ingatkan semua orang dapat tetapi tidak semua rupanya, maybe  newtwitter nie diorang buat cara berperingkat kot, tak bagi serentak..hem, tapi entah ler…tapi Yan dah dapat..ehehe

Oklah menarik dari twitter sebelum ini, nampak kemas dan teratur, paparannya lebih lebar iaitu 1040 pixel berbanding dengan sebelum ini cuma sekitar 765 pixel sahaja. dan halaman untuk status pun letaknya di sidebar, tidak seperti sebelum ini status berada dibawah petak menulis.

Continue reading “Review #Newtwitter”

OST Chinta TV3 – Khatimah Cinta (Sixth Sense)

Salam semua, adoiiyyaaii sorilah ye sangat takde mood dan sedang dalam kemalasan nak update blog, tak tahulah napa boleh jadi gini, sebenarnya ada banyak story nak share tapi tulah bila malas tu datang semua benda tak boleh jalan..huhu, takpelah ku gagahkan jugak update blog ini.

Semalam merupakan Episode 1 Drama Chinta di TV3 untuk slot akasia, dimana menggantikan drama Epilog Syurga Cinta. untuk episode 1 nie oklah biasa-biasa je..hahaha, harap-harap drama chinta nie boleh buat Yan stay kat depan TV seperti drama Adamaya. apa yang bestnya lagu OST Chinta memang best, lagu dari kumpulan sixth Sense yang bertajuk Khatimah Cinta, layan jom…

Continue reading “OST Chinta TV3 – Khatimah Cinta (Sixth Sense)”

Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com

Salam semua, semalam ada makan-makan sikit kat rumah nie, terima kasih buat rakan-rakan blog dan twitter yang sudi datang bertandang ke teratak Yanmie di Bandar Puteri Klang nie. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dan suasana sangat meriah semalam hinggakan hati rasa berat je nak bagi diorang semua balik…hahhaaa

yelah kan bukan selalu dapat jumpa diorang nie, lagi-lagi dapat kenal dan bersua muka. Jomlah layan gambar  semalam ye, sebelum tu so sori pada yang lain, bukan taknak jemput kat sini, cumanya sebelum nie ada jemput kat twitter, kat blog nie sungguh terlupa nak entry 😛 tapi takpe next time kita jumpa yea 🙂 layan gambar semalam….

Continue reading “Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com”

Kak Ina KL punya pasal

Salam semua, wah2 entry ini bukan entry carik gaduh ye..ehhee, entry ini adalah berkenaan dengan entry melekat KakIna iaitu tentang Contest gambar kenangan Open House Aidilfitri 2010. Alhamdulillah contest yang dibuat adalah sempena penglibatan kakina di dalam dunia blogging selama 2 tahun dan bilangan pengunjung blog kakina sudahpun mencecah 400K, banyak ok! bukannye sikit!, tahniah kak…Yan tengok akak dah banyak maju ke hadapan, kipidap okies :), dah glemer besok jangan lupa pulak Yan…kikiki

Gambar yang baru di snap petang tadi, terima kasih kak sudi datang open house  😛

Oh yea, entry ini bukanlah bertujuan untuk Yan masuk contest kakina  tu, kang ada pulak yang tercabar..hahaha, cuma bagi peluang kat kawan-kawan yang lain….ekekeke macam ye-ye je boleh menang kalau masuk! hahahaa :), sebenarnya entry ini adalah bertujuan untuk membantu mempromosikan contest yang kakina anjurkan, mudahan contest yang di anjurkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan.

Continue reading “Kak Ina KL punya pasal”

Randy Pangalila (Cinta Kirana) – promo Yanmieonline.com di Facebook

Salam semua, Ya Rabbi!! ku rasa macam tidak percaya tengok ada link yang masuk dari facebook Randy Pangalila, beliau jugak merupakan hero Sinetron Cinta Kirana yang tengah meletop di Astro Ria. Terus sahaja Yan klik link tersebut dan dibawa ke page facebook beliau. sekali Yan klik..jeng..jeng..jeng…tengok gambar bawah.

Randy Pangalila siap promo entry Yan, ini bermakna dia baca blog Yan…hahaha, berbunga-bunga rasa hati sebabnya beliau merupakan pelakon dari indonesia yang sangat Yan minati disamping pelakon Nia Ramadhani, gandingan yang sangat cocok! tapi sayang sekali Nia Ramadhani sudah berkahwin…ehehe 😛

Continue reading “Randy Pangalila (Cinta Kirana) – promo Yanmieonline.com di Facebook”

Dapat Laptop Dell Inspiron dari En.Hubby

Salam semua, ok dah cool sikit dari Sakit hati dengan Operator TM!, now nak cerita pasal semalam Yan dapat Laptop baru dari en.hubby…ehehe, petang semalam en.hubby ajak pergi Plaza Alam Central Shah Alam, rupanya nak belikan laptop baru, sukenyee rasa hati bila yang tersayang belikan laptop baru, nak-nak pulak brand dell yang dah lama di idam-idamkan, thanks dear 🙂

Memula en.hubby cakap pilihlah nak yang mana, budget 2K, so tu dia amik yang ngam-ngam 2 K…hahhahaa sebab kalau lebih dari 2K kena tambah sendiri…keh3. Specnya pun puas hati, boleh simpan grafik banyak-banyak, tak macam laptop acer sebelum nie….*wah2 terus pandang rendah kat lappy lama..haha teruk betul!*

Continue reading “Dapat Laptop Dell Inspiron dari En.Hubby”