Salam semua, baru kejap tadi tengok Berita di TV3 tentang kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama seorang Peguam, pegawai bank dan jugak pemandunya. memang misteri betul kehilangan diorang nie. Apa pun mudahan mereka berempat berada di dalam keadaan yang selamat, maklumlah sekarang nie macam-macam kes yang berlaku.
Setakat ini belum ada panggilan yang meminta wang tebusan kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, maklumlah Datuk Sosilawati kan seorang jutawan wanita, siapa tak kenal dengan dia iaitu bekas isteri kepada penyanyi Nash dan jugak Pengasas Kosmetik Nouvelle Visage.
Kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. sesiapa yang mengetahui di mana mereka berada bolehlah menghubungi balai polis berdekatan atau pun keluarga mereka.
Updated
KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.
Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.
Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.
Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.
Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.
Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.
“Berdasarkan maklumat, Sosilawati dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit dan kerap kali menghubungi anak atau pekerjanya bagi memaklumkan apa jua perkembangan dirinya selain lokasi dia berada.
“Namun pada jam 6 petang Isnin lalu, Sosilawati dikatakan keluar bersama pemandu peribadinya bernama Kamal untuk bertemu seorang peguam di Banting, Selangor. Dia ketika itu meninggalkan pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan laporan, Sosilawati dikatakan turut ditemani dua lagi individu bernama Hisham dan Kamil yang juga seorang pegawai bank bagi menguruskan isu jual beli tanah serta peguam mangsa.
“Namun kira-kira jam 9 malam, anak mangsa menerima SMS daripada ibunya yang mengandungi mesej aneh dan sukar difahami.
“Anak mangsa cuba untuk menghubungi ibunya itu tidak lama kemudian namun gagal. Malah tiga individu lain yang dipercayai berada bersama mangsa turut gagal dihubungi sehingga hari ini,” katanya.
Difahamkan, polis menyerbu sebuah kediaman di Jalan Duta di sini, namun tidak menemui mangsa seperti maklumat disalur keluarga mangsa.
Difahamkan, polis turut berusaha menjejaki mangsa selain mendapatkan maklumat serta mengambil keterangan anak mangsa di IPK tengah hari semalam bagi meleraikan misteri kehilangan usahawan wanita berjaya itu.
“Setakat hari ini (semalam), masih belum ada perkembangan positif berhubung kes kehilangan ahli perniagaan berkenaan walaupun ada maklumat mendakwa mangsa dikesan berada di Batu Pahat, Johor,” katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa turut mendapatkan khidmat bantuan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan lokasi mangsa disembunyikan.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan ahli perniagaan berkenaan dan memberitahu polis berusaha sedaya upaya mengesan mangsa.
Menurutnya, polis setakat ini sudah mengambil keterangan daripada keluarga mangsa selain pekerja bagi membolehkan siasatan rapi dilakukan berhubung motif kehilangan Sosilawati.
Sementara itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, malam tadi memberitahu, setakat ini belum ada sebarang berita mengenai ibunya.
Menurutnya, dia serta semua ahli keluarga berkumpul di rumah sejak hari ibunya hilang serta dalam keadaan bersedih dan hanya mampu membuat solat hajat, membaca Yasin serta berdoa agar ibunya selamat.
Selain itu, menurutnya ahli keluarga juga dipanggil ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kehilangan ibunya bagi membantu siasatan. Sumber MyMetro
Updated 07.09.2010 – Kereta Datuk Sosilawati di jumpai Klik SINI
SUBANG JAYA: Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, sejak seminggu lalu semakin terungkai berikutan penemuan dua kereta mewah, masing-masing miliknya dan milik peguam sivilnya di sini, malam tadi.
Kereta jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3.
Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik.
Kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya kira-kira jam 9 malam hasil maklumat awam.
Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua kereta berkenaan.
Sementara itu, pengusaha warung, Norizal Othman, 31, yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, Norizal tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.
Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.
Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.
Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita, katanya. – Berita Harian Online
kisah yang telah pengemparkan rakyat malaysia
Tolong lah sebarkan berita ini…
http://denaihati.com/suspek-pembunuh-sosilawati-juga-pangarah-syarikat-penipu-pon-72-sdn-bhd
Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti!!!
huhuhu
melayu pun kena bakar juga – one malaysia
one malaysia – melayu pun kena bakar juga
Omg~ she suspected die d~
Salam,,,
berita pembunuhan mereka smua amat mengejutkan….Ya Allah..bagai dunia terhenti seketika…betapa kejam nya mereka..aku mohon agar mereka yg terlibatdi hukum seberat2 hukuman yg ada..pada kuarga arwah…bersabarlah…
untuk keluarga mereka….banyak2 bersabar….mungkn aka ada hikmatnya…byklkan berdoa
maybe kena culik ni. aku br je dpt tau cite ni. setahu aku, datuk sosilawati ni tak pasang bodyguard. kalau aku laa jd dia, aku pasang bodyguard 2 3 org sbb dia pun jutawan, public figure plak tu. so kena laa jaga keselamatan as a millionaire ni. tp aku doakan dia dpt ditemui dgn selamat n dilindungi Allah..
utk family diaorg,berdoalah bnyk2 sbb setiap dugaan tu ada hikmahnya…
mmg la doakan utk family diaorang, x de niat pun nak sakitkan hati sesapa..jgn pandang org melalui tulisannya…
moga Allah melindungi Datuk Sosilawati..
tak baik cakap macam tu. Keluarga dia dalam kesusahan skrg ni. bayangkan klu jadi kat diri kita, suka???. Doakan yg terbaik utk semua org adalah lebih baik.
tu yg susahnya bila kaya…berhati2 pun masih ada dugaan mcm2…lagi 2 hari nak raya, hope semuanya selamat…to anak2 n family dia, sabar n berdoa lah bnyk2….
Ya Allah lindungila mereka dari segala perkara yang tidak diingini.mudah-mudahan mereka selamat
Ya Allah lindungila mereka dari segala perkara yang tidak diingini.amin
hehe, kot2 menikah lg satu, pastu kena tangkap khalwat lg sekali.
iskkk
camner leh berlaku perkara ni masa bulan puasa ek
confirm …henset dia yang hilang sbb tuh xleh dihubungi
untuk ramadan ini ucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri . maaf zahir dan batin dan ramadan [ Al Mubarak]
Apakah Mesej Aneh Tu ?
YA ALLAH…selamatkn mereka semua dlm keadaan slmt&baik,jauhknlah mereka dari sebrg musibah,moga kehadiran lailatul qadar mberi sinar…utk semua.AMIN..
td dgr kat era.. khabarnya datuk bawak wang tunai yg angkanya mencecah jutaan ringgit sbb depa nak pergi urus pembelian tanah.. tu yg siap bawak pegawai bank dan peguam..
dalam kes ni, boleh jd diorg kemalangan tanpa dpt dikesan (cth: masuk gaung) atau diorg diculik (kemudian dibunuh dgn kejam bg memusnahkan bukti.. keh3)
apa2 pun, hopefully diorg selamat..
Hilang diculik atau hilang mencari semangat baru?
Thanks RT 🙂 RT @denaihati: RT @yanmie Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP
Salam..anak bongsu beliau adalah rakan sekolah anak saya. Menurut anaknya (dia bercerita dgn anak sy) ibunya telah hilang sejak 31Ogos lagi…mudah-mudahan beliau selamat. Kesian anak dia sedih ibunya hilang..
ish…jgn ada yg komplot nak culik dia, pastu menghilangkan diri udah le..mana tau hati manusia…
mungkin diculik kerana bawa wang RM 4 juta
Bila dah kaya begini lak jadi..
rasanya kes culik bilion2 nie.. xkan lari kot =.=
aku baru tau ni.. mlm td kuar.. x tgk berita…
RT @yanmie Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP
@fahmi ibrahim
laaa…bln pose penjahat bukan kire bro. die bukan pose pun. Bulan jer yg pose.
pegi umrah beramai2 kot. hehehe..tp knape plak nak beramai2 yer. takde hubungan kekeluargaan plak tu..
macam2 la sekarang…ilang tanpe kabar..
kene culik ker..hohoh
Ish ish… culik ke nih? Bulan2 pose pun buat keje diorang nih
tulah org jahat nie x kira hari, bulan…klu diorang nk buat jahat tu bila2 masa je…kena lebih berhati2 lepas nie.
kalo betul kes culik..bahaya betul..bukan kanak2 je jd mangsa skang ni.
@yanmie
tapi takkan la pi bercuti angkut peguam, pegawai bank n pemandu sekali kan…ntah2 eksiden jatuh gaung..nauzubillah…
eh ha’ah betul jugak tu..logik! hiks…takutnyeee orang dewasa pun skarang nie blh jd mangsa kes culik. kena selalu beringat nie walau di mana pun berada.
kalo betul kes culik..bahaya betul..bukan kanak2 je jd mangsa skang ni.
Salam Mrs ejam 🙂
tulah takut kan..mudahan diorang berada dalam keadaan selamat, pergi bercuti ke tanpa pengetahuan keluarga kan…harap2 mcm tu lah, dh nk raya nie…
Thanks RT 🙂 RT @enKapten: RT @yanmie: Datuk sosilawati hilang http://bit.ly/9nG6eb alahai mudahan diorang selamat 🙂
tengkiu RT 🙂 RT @neyrashazeyra: Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP
RT @yanmie: Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP
Datuk sosilawati hilang http://bit.ly/9nG6eb alahai mudahan diorang selamat 🙂
Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya hilang? http://bit.ly/coJfqP