Salam semua, baru kejap tadi tengok berita tentang perkembangan terkini berita yang berkaitan dengan Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang, terkini pihak polis mengesahkan Mayat Datuk Sosilawati Lawiya ditemui bersama 3 individu yang lain dibunuh  sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Ya Allah tergamak mereka buat macam nie, sangat zalim!!

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara itu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Datuk Sosilawati Lawiya di laporkan hilang bersama 3 individu lain sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.-Bernama

Nota Yanmie : Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati dan 3 keluarga individu yang lain. Al-fatihah.