Memori Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam semua, hari nie baru nak ada mood nak update entry raya…ehehe orang lain dah basi dah cerita raya nie tapi lain pulak Yan nie baru beria-ia nak entry kan sini 🙂 hari tu cuti raya 1 minggu, nak online pun payah sebabnya streamyx kat kampung buat hal, so online guna broadband aje tu pun merangkak-rangkak jugak, last-last layan game je kat lappy nie.

Raya tahun nie kat kampung en.hubby di Jengka 13, Pahang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, sambutan raya kat sana meriah jugak terutamanya pada malam raya, bunyi bunga api sana sini, boleh kata hampir setiap rumah main bunga api yang jenis bunga api bateri tu, ala yang bunga api macam sambutan merdeka tu.

En.hubby ada jugak beli bunga api yang macam tu, macam-macam jenis ada, harga pun boleh tahan, ratusan ringgit jugak, hem takpelah bukannya selalu kan 🙂 meh layan video bunga api yang sempat Yan rekod.

3 malam jugak kami bermain bunga api nie, sampaikan mercun roket en.hubby tak larat nak bakar…hahhaa so turn adik-adik dia pulak amik alih bakar mercun dan bunga api 🙂

Tema kami tahun ini warna purple se purple kereta en.hubby…ehehe, meh layan ye gambar kami masa pagi raya 🙂

ehek…kamilah nie 🙂

Gambar bersama MIL tercenta 🙂

My hero Tercenta 🙂

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang nak di kongsikan tapi kemalasan nak upload gambar mengada-ngada..ehehe, laterlah update kat Facebook, tengok kat sana nanti yea 🙂

Nota Yanmie : En.mood marilah!!

You Might Also Like

15 Replies to “Memori Hari Raya Aidilfitri 2010”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge