Salam semua, Ya Rabbi!! ku rasa macam tidak percaya tengok ada link yang masuk dari facebook Randy Pangalila, beliau jugak merupakan hero Sinetron Cinta Kirana yang tengah meletop di Astro Ria. Terus sahaja Yan klik link tersebut dan dibawa ke page facebook beliau. sekali Yan klik..jeng..jeng..jeng…tengok gambar bawah.

Randy Pangalila siap promo entry Yan, ini bermakna dia baca blog Yan…hahaha, berbunga-bunga rasa hati sebabnya beliau merupakan pelakon dari indonesia yang sangat Yan minati disamping pelakon Nia Ramadhani, gandingan yang sangat cocok! tapi sayang sekali Nia Ramadhani sudah berkahwin…ehehe πŸ˜›

Siasat punya siasat, Yan pergi tanya pakcik google pasal entry Sinetron Cinta Kirana, dengan menggunakan kata kunci “Sinopsis Cinta Kirana” blog Yan di tangga pertama google index melalui google chrome dan firefox (google.com). Patutlah si Randy jumpa blog Yan..ehehe πŸ˜›

Dan terima kasih jugak buat pembaca yang pernah singgah ke blog ini dan seterusnya FBShare dan FBLike entry tersebut. setakat entry ini terpublish, sudah ada FBshare/FBLike sebanyak 500, terima kasih semua.

Post Views untuk Sinetron Cinta Kirana pun sudah mencecah 50K++, antara penyumbang trafik terbanyak setakat ini πŸ™‚

Oklah setakat itu saje, ehehe…buat Randy Pangalila, makasih bangat ya kamu sudah promo entry saya πŸ™‚ jangan lupa singgah selalu baca komen-komen di dalam entry tersebut πŸ™‚ *ekeke…macamlah si randy baca entry ini*

Nota Yanmie : tak sabar nk tunggu Β besok!