Salam semua, dah 2-3 hari Streamyx buat hal, sakit jiwa betul! tapi yang streamyx tak dapat tu tak sakit jiwa sangat, yang buat sakit jiwa dengan Operator TM!!! dah ler call guna handphone, cakap terhegeh-hegeh, Yan cakap call guna handset bukan guna tell rumah, tolonglah cepat sikit, takperlu nak bagi dengar lagu-lagu kat telefon tu!, lepas tu operator tu cakap takpe kalau call guna celcom tel 100 dia charge sekali call RM 1 je. So oklah kalau dia dah cakap macam tu sebab Yan fikir dia lebih tahu. tapi rupa-rupanya………habis kreditku tapi habuk pun tarak!!!

Haish!! marah giler nie!! kredit dalam handset ada RM 40++ lah nie tinggal RM 1.03 sen, sapa tak sakit hati! bagi info tak betul! adoiiyaaiii SAKIT JIWA!!! ganti balik!!! hahahhaa….adoiiiii lantak koranglah nak kata apa!! sakit jiwa!!! Kredit habis mcm tu je! betul-betul Kesal dengan TM!

Lain kali cakap biar betul, jangan tangkap muat je, dah ler streamyx tak setel2…haish!!! sakit jiwa ku…dah2 nak  bawa diri sekejap!! nak menjerit kuat2….hahaha sakit hati!!!!!!!!!!! kalau kredit habis bergayut dengan mak ke, hubby ke takpe jugak!!

Nota Yanmie : Aduhaiiii teringat-ingat kredit yang baru en.hubby tolong topupkan semalam 🙁