Salam semua, alhamdulillah lega sikit domain dah renew, renew pun last minit sebab malas nak renew awal-awal eheehe, terima kasih pada en.hubby kerana masih lagi ingin terus menaja domain dan hosting blog ini..makasih dear 🙂

domain renewalDomain yang di beli melalui Google Checkout

Sebenarnya domain ini dahulunya pernah digunakan jugak di flatform blogger sebelum berpindah ke wordpress. dan untuk hosting pulak expired awal tahun depan, kali nie kalau nak renew hosting bayar mahal sikit sebab hosting blog ini dah di upgrade ke Premium hosting Litespeed flatform, tu pasal loading sangat pantas..ekeke angkat bakul sendiri, yelah kalau ikutkan slow je loding blog nie kalau masih guna pakej yang lama sebab header blog ini menggunakan flash, terima kasih jugak buat fivio kerana sudi memberikan diskaun terhebat buat blog ini untuk upgrade ke Premium hosting Litespeed flatform 🙂 dan syukur alhmadulillah selama upgrade hosting tak pernah lagi mengalami blog server down 🙂

Meh tengok loading blog nie ye 🙂

speed test

lajulah jugak kan sebab blog ini menggunakan header flash 🙂 cek kat SINI

Alhamdulillah 10 bulan bersama wordpress self hosted banyak mengajar dan mematangkan Yan dalam berblogging, begitu mudah nak tarik trafik dengan menggunakan flatform wordpress ini, kalau kena gayanya memang menguntungkan dan yang jelas dapat membuka mata Yan bahawa dengan berblogging jugak boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Peluang yang ada kenapa kita tidak rebut dan gunakan, betul tak?? ehehe…

google-authority

Blog ini dahulu pernah jugak dapat Google Authority Listing aka Sitelink tapi tak kekal sebabnya tukar themes, sebenarnya dari info yang Yan baca dari hasil mengoogle, perubahan struktur themes jugak boleh mempengaruhi Google Authority Listing aka Sitelink di tarik balik…hhuhu harap2 kali nie lama sikit pakai themes nie dan dapatlah balik Google Authority Listing tu…eheks 😛

css validator

Ha yee yang paling best bila html dan css blog ini valid, tidak ada error dalam html dan css, nak tahu lebih lanjut baca Cara Minimakan Error Html dan Css dari blog Kulansalleh.

widget cssWidget atas tu W3C/CSS hanya boleh di paparkan pada blog yang tidak mempunyai error html dan css sahaja, sekiranya blog/web berjaya melalui css validatior barulah boleh dapatkan vidget ini secara automatik dan bila html dan css valid bolehlah menguatkan lagi google authority aka sitelink lebih kuat 🙂

Klik SINI untuk cek CSS Blog/Web korang dan masukkan url di bahagian yang disediakan

Alhamdulillah jugak blog ini berPR 2 dan rank alexa terkini macam gambar kat atas tu, ntah bilalah nak merasa bawah 100k pulak…ehehe 😛

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi anak dah bagi signal nak ajak tido..Zzzzz jap naa 🙂

Nota Yanmie : tak sabar nak cecah setahun bersama wordpress self hosted 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

52 thoughts on “10 bulan bersama wordpress”
  1. Some time before, I really needed to buy a good car for my corporation but I did not earn enough money and could not order anything. Thank goodness my mate suggested to try to take the business loans from reliable bank. Thus, I acted that and was satisfied with my small business loan.

  2. tahniah kak yan .. dikau mmg otai la … 😉

    bab nak pass ‘ujian’ CSS bagai tu yg payah sikit … mesti ade serba sikit error atau benda tak kena di mana2 … huhu .. nk kena blajo lg dan lg ni

    iyer,blogging pun salah satu sumber pendapatan ~ caiyok2 😉

  3. yanmie :
    makasih..insyallah thn nie adalah thn ke 4 bergelar seorang blogger…hehehe 😛
    dgn wordpress nie baru 10 bulan lebih sikit je 🙂

    10 Bulan dah macam nie.. Kalau 10 tahun? Nak tak nak leh jadi macam utusan online 🙂

  4. Patutlah banyak kali tgigit lidah.. rupanya ada nama ditulis sini 🙂

    Nanti kalau blog structure dah okey, mesti google papar semula sitelinks tu.. Good luck Yan..

    1. ahahhaa yaka..andu bah kesian bnyk kali tegigit lidah..maaf ya…hahaa
      insyallah mudahan lah dpt blk google sitelink tu..harap sgt…hahaha 😛

  5. lama tak singgah sini, yan sihat? Aa la yan..dah laju lah, dulu mmg menunggu loading blog yan..hihi 🙂
    Ha..nak tanya yan ni, nape ye comment luv boleh jadi bila klik dia tak keluar last blog post tapi ckp “no last blog post to return?”

    Byk nak tnya yan ni, nanti ayu emel ye..kena tnya sifu la:)

    1. makasih..insyallah thn nie adalah thn ke 4 bergelar seorang blogger…hehehe 😛

      dgn wordpress nie baru 10 bulan lebih sikit je 🙂

  6. 10 bulan bersama wordpress | yanmieonline.com…

    Salam semua, alhamdulillah lega sikit domain dah renew, renew pun last minit sebab malas nak renew awal-awal eheehe, terima kasih pada en.hubby kerana masih lagi ingin terus menaja domain dan hosting blog ini..makasih dear :)…

  7. Tahniah yan..akak pun hepi lah..tadi cek..error dah tarak dah..akak pun dapat dah badge ni..tapi belum pasang lagi…masa bulan 5 hari tu sempat jugak akak capture sitelink tu..perasan jugak bila dah renovate themes tu terus hilang…

  8. @ahm
    aduh dah check error ada 74 ni.. apa yang kena buat ni ye.. sepatah haram tak faham coding tu.. kak tolong check blog myvitrd.blogspot.com tu ..apa yang error banyak sangat tu..huhu

      1. Hai yanmie, saya nak tanya awak..macam mane awak renew awak punya domain name ya dear? sy tak dapat any notification untuk renew saya punya domain name..sebelum ni sy nak renew my domain awal tapi tak tahu caranya bila dah tak boleh bukak baru saya cuba cari..saya guna blogspot..
        tq..

  9. wah..syabas akak sebab domain dah d renew.. teringin juga pakai domain sendiri.. tapi tak tahu nak start bila.. lagi satu kalau tukar domain baru.. nuffnang punya akaun mcm baru jugalahkan..tengoklah baget 2011 nanti..

    1. makasih…kalau nk guna domain sdiri pun blh klu masih nk guna blogger tu. means xperlu hosting. pasal nuff tu blh je tukar url blog yg blogspot ke domain yg baru..xde masalah 🙂

    1. Salam tim, nak takut apa…kena beranikan..mula2 mmglah agak sukar tp serius klu dah tukar ke wp serius syiok giler..akak dulu pun camtu gak, takut seo, trafik, pr semua turun, tp jgn risau 2 bulan blh dpt tu semua blk..malah lebih lagi 🙂

  10. Wow! Memang terbaiklah lagipun rasanya blog kak yan nie banyak source dari google kan? SEO yang mantap 😛 Lagi 8 bulan.. Harap2 leh capai lebih baik daripada kak yan 😛 *ohh angan2* 😛

    1. Salam hariz, syukur akhamdulillah dgn apa yg ada sekarang nie 🙂
      ha’ah banyak jugak dr google 🙂
      insyallah hariz blh je lebih maju dr kakyan, kena usaha lebih *ekeke..macamlah maju sgt ko yanmie oii*

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge