Salam semua, hampir seminggu nie kecoh pasal laman facebook yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia iaitu 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower yang mana membantah tentang cadangan projek oleh kerajaan bagi membina sebuah menara 100 tingkat di ibu negara, Kuala Lumpur. Cadangan tersebut di umumkan oleh Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.

1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower

Dalam tempoh hampir seminggu ini sudahpun terdapat sebanyak 100,269 LIKE setakat pukul 9.47 malam ini, wowww boleh tahan, ramai jugak yang mebantah nie, Yan taknak komen panjang pasal hal ini. difahamkan laman tersebut dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu terbabit, dan Facebook jugak menerbitkan kenyataan ringkas: “Your publishing rights have been blocked due to a violation of the Pages Terms of Use”atau diterjemahkan sebagai hak menerbit anda disekat kerana mencabuli syarat penggunaan.

1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower

Meskipun pengguna Facebook masih boleh menyertai kempen ‘1M Malaysians reject 100-storey Mega Tower’, namun pemilik halaman tersebut dilarang menyiarkan sebarang mesej baru di halaman berkenaan.

Yelah Yan pun tak nak komen panjang-panjang, kang tak pasal-pasal kena pulak, bagi Yan takde masalah nak buat pun boleh tak buat pun takpe, nak tau lebih lanjut korang pegi sendiri masuk ke SINI

Nota Yanmie : So apa pandangan korang tentang projek pembinaan menara 100 tingkat ini? wajar atau tidak?

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower”
  1. Thre frequent bus/traffic accidents with such high mortality and morbidity,prices of common goods/houses soaring like rocket,trees/forests are felled without impunity,the corrupt politicians/gov enforcement officials are still doing the same,criminal case witness against the cops is arrested and beaten,deaths in police custody,polluted air and rivers,yearly haze from Indonesia’s uncontrolled burnings,religion conversion issue,babies abandoning,wastage of goverment money,abandoned housing projects,unprotected house buyers,freedom of speech,ISAetc etc etc,and these are not considered urgent problems to be solved,yet making a 100 storey building is thought to be so glamorous and intensively advocated.What type of goverment we are having now???

  2. Siapa, nak tinggal/duduk 50 keatas tu.. Ruang Office di Bangunan KLCC tu pun tak penuh lagi.. Ada masih kosong lagi.. dan dengar desas desus banyak lagi tingkat di atas tidak boleh di diduduki.

  3. Anonymous :
    Salam. Kita dah ada bangunan pencakar langit. Tak perlu lagi. Utamakan apa yang lebih perlu. Walaupun kita dah merdeka 53 tahun masih ada rakyat Malaysia tidur bawah jambatan. Bantu mereka. Bantu jgk sekolah2 spt d sabah dan sarawak.

  4. Salam. Kita dah ada bangunan pencakar langit. Tak perlu lagi. Utamakan apa yang lebih perlu. Walaupun kita dah merdeka 53 tahun masih ada rakyat Malaysia tidur bawah jambatan. Bantu mereka. Bantu jgk sekolah2 spt d sabah dan sarawak.

  5. PNB kata itu duit dia simpan skit-skit! Jadi dia berhak gunakan simpanan dia. PNB berasaskan pelaburan mungkin ini salah satu cabang pelaburan mereka.

    1. yes memang ada betulnya, sebenarnya isu ini hanyalah dibesar2kan oleh pembangkang..opss..adess xmo komen pnjg…ehehe tp mcm akak ckp ler buat pun boleh tak buat pun takpe, lgpun projem tersebut dibiayai sepenuhnya oleh PNB..hem ntah ler…patut kita bangga jugakkan negara kita punya bangunan pencakar langit lg tinggi..

  6. Hariz masih belum tahu tentang project menara warisan ini.. Bagi pendapat Hariz rasanya tidak perlulah bangunan-bangunan pencakar langit ini.. Utamakan dahulu kebajikan rakyat.. Antaranya menimumkan gaji kakitangan swasta.. Kesian sangat dengan kakitangan swasta ni.. Tak pun jaga pendidikan 🙂 Sudahhh

  7. Rasanya Malaysia tak perlukan menara ni. 5 billion bukan sikit anak punya kos. banyak tu. kos pembinaan akan meningkat sebab menara ni pun dijangka siap 2015. baik gunakan duit tu untuk mantap kan public transportation, buat sistem pembentungan dan saliran yang lebih baik, buat betulkan jalan raya dan buat pembangunan sekolah

    1. yes banyak jugak tu 5 billion, di fahamkan bagunan tersebut akan di biayai sepenuhnya oleh PNB (Permodalan Malaysia Berhad), kira PNB nie lagi kayalah kan dari Petronas, Petronas pun 88 tgkt je 😛

      tp apa yang aremierulez katakan tu mmg ada betulnya, itulah jugak pendapat rakyat malaysia yang LIKE pages tersebut. harap2 PM mendengar suara rakyat.

    1. Salam amir, ye betul jugak tu! jaga kebajikan rakyat, pendidikan…itu lebih baik sebenarnya, kita pun tak tahu apa fungsi dan kepentingan 100 tower tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge