Ada apa dalam gula?

Salam semua, baru nie ada beli gula dan lupa pulak nak masukkan ke dalam bekas, apa lagi kebetulan pulak bungkusan gula tersebut ada bocor sikit, so sang semut pun ambik kesempatan untuk berpesta kat bungkusan gula tu, tak banyaklah semut tu..sikit je, fikir punya fikir macam mana caranya nak menghalau semut tersebut. So saje-saje mencuba, Yan letakkan benda kat bawah nie, korang rasa benda apa Yan letak atas gula nie??

petua menghalau semut

Ha ye pandai!! benda kat atas gula tu ialah kulit kayu manis, kalau korang nak halau semut kat dalam gula tu senang aje, cuma letakkan kulit kayu manis di atas gula tersebut, semudah ABC gitu, tak perlu nak buang masa fikir cara lain, yelah sayang pulak nak buang sebabnya gula tu baru je beli then masih pun duduk dalam plastik beg.

dengan mencuba petua ini masalah semut dapat diatasi..sebabnya semut memang tak suka kot bau kulit kayu manis, dalam masa 5 minit je Yan biarkan kulit kayu manis tu atas gula…memang nampak semut-semut tu bertempiaran lari…hahhaa *siap buat eksperimen okeh!*

Nota Yanmie : tak sangka menjadi pulak cara nie 😛

You Might Also Like

26 Replies to “Ada apa dalam gula?”

  1. kulanz :
    pokok kayu manis ni memang banyak guna..
    dengar cerita selain halau semut, kayu manis ni juga boleh halau haiwan yang ada bisa, contoh macam ular..
    dekat rumah aku ada tanam pokok kayu manis.. paling best tu kalau bakar daun2 yang jatuh.. harum semerbak jak baunya..

    wahh info ni..thx 🙂

  2. pokok kayu manis ni memang banyak guna..
    dengar cerita selain halau semut, kayu manis ni juga boleh halau haiwan yang ada bisa, contoh macam ular..
    dekat rumah aku ada tanam pokok kayu manis.. paling best tu kalau bakar daun2 yang jatuh.. harum semerbak jak baunya..

    1. ye betul, biasa kt kg mak jemur kat panas je gula tu…tp yg nie tadi cuba letakkan kayu manis…mmg sungguh menjadi…kejap je semut2 tu lari…ehhehe 😛

    1. ehehe tulah sekadar mencuba, kebetulan kayu manis tu ada sekali kt dlm plastik beg, cuma kayu manis tu xbuka lg bungkusannya, then terfikir nk letakkan atas gula…hahaha tak sangka menjadi 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge