Balqis ke rumah kenalan, bukan ghaib dilarikan jin

Salam semu, tertarik dengan laporan akhbar berita harian hari ini tentang kes kehilangan adik Balqis yang kononnya ghaib dan di larikan ke gunung jerai oleh jin yang berbulu lebat sebenarnya tidaklah benar, kerana Siti Balqis hanyalah ke rumah seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, pagi semalam. huh! bikin risau 1Malaysia aje!

siti balqis

Baru ini jugak dalam rancangan Ilmu Alam Ghaib TV3 ada memaparkan kisah tentang kehilangan ghaib adik Siti Balqis ini, sempat tengok kejap aje sebab dah ngantuk sangat baru balik dari rumah Mak Anjang di kobang rotan.

Ok jom Yan kongsikan di sini tentang Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar – Sumber Berita Harian. Yan tahu tidak semua orang buka / baca berita. so cekidaut kat bawah yea :-

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

“Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan,” katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

“Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,” katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Tapi misteri jugakkan bila didapati dalam beg pakaian Siti Balqis terdapat lebih 20 Kad Sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

You Might Also Like

39 Replies to “Balqis ke rumah kenalan, bukan ghaib dilarikan jin”

  1. sala..bleh caya ke.sya pun rase cmtu gakla.saya rasa mesti ada sebab dia buat cmtue..maybe dia tertekaN kut..tp jgnla smpai menipu kata mak dia dh meniggal dunia.betul2 terjadi baru tau..kan.ntahla..ade gk orang cmniekan.ape nk jdi dgn dunia nie.ish..ish..ish..babai.

    1. salam..memangla dia marah cmburu lagi..tp kat n9 pun best gak..ade air terjun..dn macam2 adaaaaaaaaaaaa.cause eden nia oghang n9la..

  2. ermmm kes dia kena sorok ni mmg btl2 brlaku…
    aku th sbb aku pn org kampun dia jgk.gong nangka.
    bagi aku itu bukan tipu muslihat..semua ini angkara jin iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. tetapi soal kehilangan di gunung jerai aku xpasti pulak. dengar cerita btl sebab jin yang control dia..
    bukan dia saje2 nk tipu sape2…pe2 entah la. harap berdoa agar siti dan kluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa yang sentiasa diredhai Allah s.w.t.

  3. jangan main2 sorok wooo.. nanti kena sorok betul baru tahu.. makluk halus ni memang wujud.. sapalah yang buat cerita ni yang dia kena sorok ni..huhu..den tertipu juga ni.. siap ada jin berbulu lagi pulak tu..hehehe

  4. kesian plak kt mak dia…sgale pe yg dia wat slame ni cm sia2 je kn…last2 ni blsn dr ank dia yg dia dpt….kesian btol…
    p/s:nsb bek mak dia cun

  5. rse2 nye bdk ni de something wrong la dgn kpale dia….ye2 je igt kna sorok lg…pdhl dia sndr yg sje nk sorokkn diri..cmni pnye org pn ade….ntah2 btu dgn duit yg hilang 2 pn dia yg kebas….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge