Salam semua, fuh penat baru balik dari kedah terus on lappy..hahaa tegar tak tegar, selama 4 hari berada disana memang online dari handphone aje, siap buat live posting lagi, oklah nak entry pasal tajuk kat atas tu, biar betul bayaran berniaga di kaki lima di Sandakan di kekalkan sebanyak 50 sen? hem…jom ikuti laporan berita dari Mstar.com.my

sandakan

Google Images – Sumber SINI

Kerajaan Sabah mengekalkan bayaran berniaga di kaki lima di sini pada 50 sen bagi setiap kaki persegi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Dewan Perniagaan Cina Sandakan dalam satu pertemuan di sini.

“Kita, kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar cadangan dan pandangan rakyat terutama di Sandakan ini. Dengan itu bayaran 50 sen untuk satu kaki persegi yang dikenakan kepada peniaga berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada pemberita, di sini pada Khamis.

Sebelum ini terdapat cadangan menaikkan bayaran itu kepada RM5 bagi setiap kaki persegi.

Mengulas isu berlainan, Hajiji berkata sebanyak 500 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Kampung Lupak Maluas di Batu Sapi tidak lama lagi.

hem…harap-harap menjadi kenyataan!!…huhuhu dari dulu lagi dengar macam nie!! tapi habuk pun tarak!! *kampung Yan nie*

Majlis pecah tanah projek akan dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun, katanya. – BERNAMA

Nota Yanmie : harap-harap dapat di kekalkan sebanyak 50 sen untuk satu kaki persegi bayaran berniaga di tapak kaki lima, takut lepas undi jadik lain pulak…huhuhu