Salam semua, baru kejap tadi tengok final gadis melayu 3 di tv9, aduhaii tekaan Yan tak betul malah tak masuk pun dalam top 5 ehehe…tapi seronok jugak sebabnya Juara Gadis Melayu 3 jatuh kepada Azrina atau nama mesranya Rina Salleh, beliau merupakan seorang blogger jugak 🙂

rina salleh

Gambar sumber Mstar.com.my

Apa pun tahniah buat Rina sebab berjaya merangkul juara di dalam Gadis Melayu 3. dan mudahan sukses selalu dan menjadi ikon kepada remaja-remaja di luar sana.

rina salleh 1

Hadiah-hadiah yang dibawa pulang oleh Rina selaku Juara Ikon Gadis Melayu 3, Wang tunai RM30,000, Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000, Barangan Singer bernilai RM10,000, Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal, Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts dan kesemuanya berjumlah RM160,000…wohooo

Nota Yanmie : Rina…takyah buat kedai online pun takpe dah tu….ehehe, tahniah yea 🙂