Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2010)

Salam semua, malam ahad nie jangan ketinggalan untuk menyaksikan Drama yang tercalon dalam Anugerah Skrin 2010 di TV3 iaitu Drama Bagaikan Sumayyah lakonan mantap dari Fasha Sandha, Dato’ Rahim Razali, Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz, Normah Damanhuri, Ako Mustapha dan Fauzi Nawawi.

zue aziz dan fasha sandha

Selepas tayangan Drama tersebut jangan lepaskan peluang untuk bersembang secara langsung bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz selama 30 minit, sure jem giler stream nie…hahaha, hari tu chat dengan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi pun bukan main jem lagi…ehehee beratus-ratus orang duk dalam tu. Rasanya kali nie lagi ramai kot, maklumlah wanita jelita tu yang tengah chat…eheee

Ok, jom cekidaut sinopsis bagaikan sumayyah nie, sebelum nie Yan dah pernah tengok dah, tapi ok jugak layan untuk kali ke 2 nanti kalau tidak kemana-mana πŸ™‚

Shamsiah merupakan mangsa kerakusan nafsu jahat Tuan Razak cuba bangkit untuk mencari keadilan dan menyedarkan masyarakat sekeliling siapa sebenarnya Tuan Razak. Tuan Razak memang tidak dinafikan merupakan seorang dermawan dan orang berada di kampung dan banyak membantu mereka-mereka yang susah serta amat berpengarauh. Dalam keadaan itu, Tuan Razak mengambil kesempatan untuk menodai setiap gadis-gadis yang bekerja dengannya. Walaupun berhadapan dengan dugaan dan tentangan beberapa pihak termasuk ibu bapanya sendiri yang tidak mempercayai Tuan Razak akan bertindak sedemikian, Shamsiah terus tabah dan meneruskan hidupnya dengan berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu Johan. Namun rumah tangga Shamsiah tidak berpanjangan kerana Johan telah termakan fitnah masyarakat mengenai Shamsiah yang dikatakan tidak suci lagi. Oleh sebab itu, rumah tangga mereka berkecai.

Shamsiah masih terus bersabar dengan masyarakat sekeliling yang masih memandang serong terhadapnya hinggalah pada suatu hari, Zura iaitu seorang rakannya pula menjadi mangsa Tuan Razak. Kali ini Shamsiah tidak mahu berdiam diri lagi. Zura dinasihatinya untuk dia mencari bukti bagi mengheret Tuan Razak ke muka pengadilan.Tuan Razak yang mengetahui tindak-tanduk Shamsiah yang cuba untuk mendakwanya, telah menyuruh Murad untuk memberi suapan kepada beberapa keluaga mangsanya bagi menutup mulut dan seterusnya membuatkan Shamsiah kalah dalam dakwaanya dan menangkap Shamsiah bagi menyelasaikan masalah itu dengan memberi Shamsiah beberapa tawaran lumayan. Shamsiah menolaknya dan membuatkan Tuah Razak menjadi marah sebelum menyuruh Murad mengurung Shamsiah dengan tidak diberi makan dan minum. Melihat keberanian dan semangat Shamsiah yang kebal itu, Murad merasa bersalah. Timbul keinsafan dan kesedaran pada dirinya untuk membantu Shamsiah. Murad telah memberitahu keluarga Shamsiah dan menyedarkan orang kampung tentang Tuan Razak.

Orang-orang kampung berkumpul untuk pergi ke rumah Tuan Razak bagi membebaskan Shamsiah. Tuan Razak dan Azman telah ditangkap.Namun Shamsiah sekali lagi berhadpan dengan satu masalah apabila tidak seorang pun mangsa Tuan Razak yang berani tampil untuk membuat aduan bagi mencukupkan bukti dakwaannya Tuan Razak telah dibebaskan dan bercadang untuk keluar dari kampung itu. Namun segalanya musnah apabila pihak polis tiba untuk menangkap Tuan Razak kerana Zura dan semua gadis yang pernah menjadi mangsa Tuan Razak telah tampil untuik bersama-sama Shamsiah yang dilihatnya begitu cekal dan tabah dan menganggap Shamsiah sorang wanita yang berani bagaikan Sumayyah. -guac.com.my

Nota Yanmie : Gud luck buat Drama Bagaikan Sumayyah untuk anugerah skrin 2010

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Live Chat bersama Fasha Sandha dan Zue Aziz – Drama Bagaikan Sumayyah (Anugerah Skrin 2010)”

  1. Semua pelakon Drama BAGAIKAK SUMAYYAH beat-best belaka.100 bintang diberikan kepada semua pelakon2 drama tersebut.Mantap……… 😯

  2. memang mantap lakonan akak Fasha dalan semua drama&filem yang akak berlakon.Semoga sukser selalu yer.Salam perkenalan…………ikhlas dari EIRA πŸ˜†

Leave a Reply

Your email address will not be published.