Salam semua, pagi yang ceria hari nie, baru sudah senaman mulut dengan video paling kelakar dan jugak layan (Video) Teacher Shida aka Cikgu Shida. Oklah now nak cerita pasal sejak akhir-akhir ini ramai sungguh mereka yang diluar sana menghina agama islam, apa ye yang mereka benci sangat dengan agama islam? orang islam sendiri pun tidak pernah nak menghina agama yang lain. lately pulak kecoh dengan kes Paderi Malaysia iaitu  Benjamin Stephen yang menghina  Nabi Muhammad SAW dan Agama Islam, sebenarnya video tersebut yang dah tersebar luas di youtube Yan pernah tonton sekitar tahun 2008, itupun Yan dapat tahu dari kakak Yan sendiri, dia suruh search benjamin stephen di youtube, then barulah tahu sedikit sebanyak tentang si Benjamin Stephen yang laknat ini!

benjamin stephen

Paderi Benjamin Stephen

Mengaku dia adalah seorang melayu yang berasal dari negeri johor, begitu bangga dia menjadi murtad! dan memeluk agama kristian, sehinggakan dia beria-ia mengadakan ceramah sehingga ke negeri sarawak untuk menarik kepercayaan orang kristian terhadapnya dan sekaligus memburuk dan menghina agama islam, masa Yan tengok video nie dengan kakak sungguh Yan sakit hati! dan video nie jugak Yan pernah bercerita dan kongsikan dengan KakChik sekitar tahun 2008.

Begitu lama video tersebut dan penghinaan tersebut di buat oleh Paderi Benjamin Stephen nie tapi rupanya belum pun ada lagi tindakan yang diambil. Penghinaan dari Benjamin Stephen nie memang tak boleh di maafkan, harap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan keatas paderi Benjamin Stephen nie, perbuatannya betul-betul melampaui batas dan sangat keterlaluan! tetapi SKMM sudahpun mula menyiasat tentang kes ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarah membuat siasatan serta-merta berhubung klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.

”Kita akan buat siasatan segera di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan saya sendiri akan pastikan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika di sini hari ini.

Menurut Rais, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman web YouTube atau Yahoo asalkan ia disiarkan kepada pendengar dan pemerhati Internet di negara ini.

Dalam perkembangan lain Rais berkata, beliau telah berhubung dengan pihak penguat kuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang telah dikemukakan kepada mereka mendapat perhatian segera. – Utusan

Dan Yan jugak ada tengok sekali video jawapan ke atas semua ceramah yang pernah Paderi Benjamin Stephen nie buat. korang boleh search kat youtube menggunakan keywords “Benjamin Stephen”, korang tengok sendiri lah kat sana ye..malas Yan nak kongsikan disini.

Nota Yanmie : Haishh apa nak jadilah manusia sekarang nie….