Salam semua, wah bermula besok iaitu khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000. hem…agak-agak boleh ke tak heret en.hubby pergi besok ye…hahaaa maklumlah baru dapat lesen memandu kan 🙂

proton inspira

Proton Inspira White, cantik kan!!

Difahamkan Model baru Proton ini akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter. wow…regenya boleh tahan jugak nie, design pun lawa, jom cekidaut gambarnye dulu…memang cun! tapi dengar-dengar nama proton baru nie ialah Proton Inspira, apa pun tunggu pengumumannya besok yea.

proton-inspira-black

Proton Inspira Black, cantik seh!!

proton-inspira-black-side

Pandangan dari sudut tepi

proton-inspira-black-rear

Pandangan dari sudut belakang

proton-inspira-white-back

Proton Inspira Black and White *mesti cun yang nie*

proton-inspira-interior

wow….pandangan sudut dalam..menawan tuuu!!

proton inspira flyers

Proton Inspira Flyers

Video keterangan Proton Inspira, kalau tengok kat video nie, proton inspira memang cun

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Jom tengok pulak Specifications Proton Inspira ini :-

4B10 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

Sumber – HitzCity dan Paultan.org

Nak tau lebih lanjut tentang Proton Inspira ini bolehlah terjah ke facebook Proton Inspira di Proton Inspira Club

Updated 14.10.2010

inspira

Gimik bahagian depan Inspira yang dapat dilihat di jalan raya dalam promosi Kumpulan Proton memperkenalkan model terbarunya ini.

SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.

Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.

Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.

inspira launching

Sekitar Majlis Prapelancaran Proton Inspirasi di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, Khamis.

“Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. “Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian,” katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini.

Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual Proton mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.

Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Pada majlis yang sama Syed Zainal Abidin menyampaikan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pemenang peraduan menamakan model berkenaan iaitu Saiful Yazan Nasir dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Proton.

Sebelum ini, Proton menganjurkan peraduan berkenaan di kalangan kakitangan syarikat yang berjaya mengumpulkan lebih 2,700 nama.

Sumber – Mstar.com.my

Nota Yanmie : Terbaik!!