Salam semua, pagi nie baca paper online harian metro, alahai berita pasal Raja Azura aka Kak Engku disahkan bercerai, sebelum pernah ada desas desus mengatakan mereka bercerai tetapi di tepis hebat oleh kak engku, malah mereka berdua dalam proses memulihkan keadaan rumahtangga dan mendapatkan kaunseling.
Tapi nak buat macam mana, ini pilihan terakhir mereka, apa pun mudahan segala urusan mereka di permudahkan, dan pastinya sangat kesian kat anak-anak diorang, takpelah doakan mereka berdua sentiasa sukses dalam hidup mereka. Mereka lebih tahu masalah mereka. kita cuma mampu doakan yang terbaik buat mereka.
2010/10/07 KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.
“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.
Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.
Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.
Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.
Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.
Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.
“Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya.
Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.
Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu. – Metro
Nota Yanmie : Minta dijauhkan dari kita hal cerai berai nie..Nauzubillah!
I’ve never seen such topics about this topic. I would like to opt for the term paper writing services buy essays and order custom essay about that!
@yanmie ha ah..mungkin jugak la..asal la tak berbahgia macam si yan dan mie ni…hehe
@yanmie
haaa..kan doa sy dah makbul sikit..hrp deorg btl2 rujukla yer..doakan ramai2 yer.
amin 🙂
bercerai talak 1 jer. tak mustahil kalau rujuk semula. jadi sama2la kt doakan mereka demi anak2 mereka.
berita terkini difahamkan diorg nak rujuk balik…mudahan dipermudahkan untuk mereka…amin 🙂
Awak tak tahu masalah dia orang apa.. dia orang pun dah dapat counseling semua… jangan menjamin sesuatu you bukan Allah.
kita doakan yang terbaik buat mereka demi anak2
korang berdua anggaplah penceraian talak satu ni satu cabaran hidup, yang pasti korang tetap ada peluang kedua untuk memperbaikinya, kerana; demi anak2 korang yang dah 3ekor tu, serta, maruah keluarga korang yang baik2 jadi idola kami(bekas MB/keturunan raja), nanti orang kata korang ni tak dihajar berbuat baik oleh kedua2 orang tua korang(macam anak pelesit lah), korang patut amal corak penghidupan Dato’SNurhaliza & DSeriKJiwa yang sentimental serta sefahaman; namun, janganlah tunggu lama sampai perigi berlumut anjung bersawang, dan, janganlah pulak sampai peminat tafsir yang bukan2 tentang isu penceraian korang, maka, rujuklah dengan segera, saya jamin rumahtangga kali kedua akan kekal sampai akhir hayat korang, InsyaAllah.
adehh awat banyak sangat kes cerai ni..
kan ALLAH tak suka..
dah takde jodoh, mungkin itu pilihan terakhir diorang
pagi tadi ada baca online paper.
terkejut aku dengar.
tulah sbb diorg dh pi sesi kaunseling hari tu..ingat dh setel. tp berita baru baca td kata diorang nk rujuk..syukurlah 🙂
kalau itu jalan yang terbaek…redha akan ketentuaNya…. btl kata yanmie hanya mereka tahu masalah mereka.
xpayah nak mengata mereka…yg kita ni pun tak tahu masa depan kita macam mana…
ye betul tu…mudahan segala urusan mereka di permudahkan, kesian kat anak2 je..tp dgrnya diorang nak rujuk balik, syukurlah 🙂
RT @yanmie Raja Azura @ Kak Engku bercerai http://bit.ly/aa1JDI
mungkin tu dah jadi pilihan akhir dan jalan terbaik boleh diorang buat..
betul tu lan…apa pun harap diorg tetap bersahabat demi anak2.
suka sgt kodem org laki pada hal awk ada laki tapi kalu cakap lupa laki di rmh. artis ni kalu cakap mcm bagus tapi hampeh dah gitu prangai mcm x ada agama main sondol ikut suka dia je langsung x malu pada anak laki mertua , tuhan lagi lah depa lupa. skrg dapat lah habuanya allah bagi tunai. taubatlah sblm terlewat kak engku. bukan kak engku saja tapi artis yg swaktu dgnya yg nampak lagaknya mcm org x beragama, byk sgt maksiat.
biar betul.. ciannya
doakan yang terbaik buat mereka…demi anak2
dunia artis…penuh pancaroba..harap2 anak2 tidak terabai…
betul tu eyriq…kesian kat anak2 je…minta di jauhkan hal sebegini dari kita…amin.
Ya Allah… Baru tahu nie.. Kesian kat kak engku.. huhu
baca berita hari nie kata diorg nk rujuk balik..syukurlah!
oh ye ke dah sah bercerai…jodoh tak panjang nampaknya
ha’ah baca paper pg td..terkejut jugak…
@yanmie
bukan artis jer bercerai berai. org biasa pun sama, cuma bila artis bercerai nie sentiasa dapat liputan ramai. tu yg kt sangka artis ramai bercerai berai. Bercerai seorang artis, tapi ceritanya akan disiarkan di beribu2 tempat. tu yg jadi npk ramai artis bercerai tu..
yep namapun public figure.
nak buat camner..dah habis jodoh..
wah yan memang lawa harder kamu..mahal tak nak membuatnya
yelah kan kak….
murah2 je kak header tu 🙂
kesiannya kak engku..takperlaa..mungkin dah takder jodoh kan…
ye betul tu..mudahan semuanya ok2 belaka
ishh mcm2 la artis ni, x jadi la nk jadi artis. lalala 😛
hahhaa napa ada niat nk jadi artis ke? hahaha bsk2 dh glemer jgn lupa kita naaa 😛
semua tu dah takdir tuhan. Jodoh pertemuan tu semua Aturan Allah..
ye mungkin sudah tiada jodoh…
perkara cerai berai ni dah jadi lumrah hidup manusia..moga dijauhkan dari kita semua…amin..
nauzubillah kak…minta di jauhkan…amin.
Salam kak Yan,
Adehh, artis kalau x larik dari masalah cerai mmg tak sah… Diorang x pikir anak2 ke?… huhu
yelah daus…artis2 nie mcm dh biasa dgn cerai2 nie..minta di jauhkan dr cerai2 nie…tp tulah kesian kt anak2 🙁
pulak dah cerai
tulah kan, ingatkan dh setel time pi kaunseling hari tu..takpelah maybe itu jalan terbaik buat mereka…
lepas sorang sorang bercerai =(
yelah tak sangka jugak sebenarnya….mudahan mereka ok je, tulah kesian kt anak…
astaghfirullah… kesiannya..
tulah kan…mudahan mereka tetap bersahabat demi anak2…
RT @yanmie: Blog Updated : Raja Azura @ Kak Engku bercerai http://bit.ly/aa1JDI
Blog Updated : Raja Azura @ Kak Engku bercerai http://bit.ly/aa1JDI