Resepi Daging Masak Kicap ala Yanmie

Salam semua, selamat berhujung minggu yea semua, mesti ramai yang tengah sibuk-sibuk nak pergi open house tu, takpe biarkan…ehehe bukan selalu kan, oklah nak cerita pasal Resepi Daging Masak Kicap ala Yanmie, wah!! yelah Daging Masak kicap nie betul-betul dapat sambutan masa Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com hujung minggu lepas, sampaikan ada yang termimpi-mimpi daging masak kicap tu *ye..ye je bebudak twitter nie* diorg siap puji bukan ke main lagi kat twitter tu pasal daging masak kicap nie..ehehe, pandai korang ye bodek!

daging masak kicapSehinggakan ada yang tegur kata daging nie lembut, empuk, gebu sangat…dia punya lembut tu macam makan ikan punya lembut…hahaa..see pandaikan diorang puji!, so kebetulan ramai yang membaca tweet diorang pasal Daging masak kicap nie, kawan-kawan kat YM, Twitter, dan komen kat entryΒ Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com pun nak Yan sharekan kat blog, *amboi yanmie…macamlah ko pandai sangat masak*

Ok sini Yan kongsikan resepi Daging Masak Kicap Ala Yanmie πŸ˜› jangan segan-segan nak cuba yea, dah cuba jangan lupa bagi feedback okies…sharing is caring πŸ™‚

Daging Masak Kicap

A. 4 ulas bawang merah (blender)

B. 5 ulas bawang putih (blender)

C. 3 Batang serai ( di ketuk)

D. Kulit kayu manis 1 btg yg besar

E. Bunga Lawang 3

F. Sedikit kicap pekat manis (perap bersama daging)

G. sedikit garam dan gula (perap bersama daging)

H. 3kg daging (ikut suka hati ye)

I. Cili besar dan bawang besar (untuk hiasan)

Cara Memasak Daging Masap Kicap

1. Potong daging mengikut urat dan basuh bersih-bersih

2. Perap daging tersebut dengan gula, garam dan kicap (agak-agak ler semua tu ye), kalau ikut Yan yan perap dalam 2 jam je

3. tumis bahan yang di blender bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai sampai naik bau

4. kemudia masukkan daging, masak sampai daging empuk, sebenarnya tak ambik masa yang lama sebab dah perap daging terlebih dahulu. so korang agak2 ler ye.

5. kalau rasa dah empuk dagingnya, rasa dulu sama ada dah ok ke tak, sebab tadi dah perap dengan gula dan garam. kalau ikut Yan memang tak tambah dan perasa dalam daging masak kicap tu, cuma tambahkan kicap je.

6. last masukkan bawang besar yang dah dihiris bersama cili merah besar untuk hiasan

7. dan bolehlah dihidangkan…ehhee..simple je πŸ˜›

Nota Yanmie : Kalau tak sedap jangan marah yee…tapi kalau betul2 ikut step nie *perap* memang korang akan dapat hasil daging yang empuk! petua yang dah lama jugak Yan simpan nie, hanya share kat mak je sebelum nie…now share kat semua kawan2…sharing is caring πŸ˜›

You Might Also Like

35 Replies to “Resepi Daging Masak Kicap ala Yanmie”

  1. Pingback: Daging Masak Kicap Ala Yanmie | cikmin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge