Salam semua, tudia tajuk entry bukan main-main ye! Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, wow maknanya subjek sejarah ini akan sama tarafnya dengan Bahasa Malaysia untuk syarat wajib lulus SPM. wohooo nasib baik dah lepas zaman SPM kalau tidak tak tahu ler nak kata apa…ehehe

buku teks t5

Google Images

Sebabnya subjek Sejarahlah yang paling Yan tak suka, asal masuk kelas sejarah je mulalah nak tidur, nak ke tandas….hahaha, lagi pun sejarah nie macam susah sikit bagi Yan, Β banyak benda nak kena ingat contohnya kena ingat nama, bila, dimana, kenapa, dengan siapa, tarikh, woowww banyak benda okeh! tapi syukur semua subjek Yan pass dalam SPM πŸ™‚

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

“Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,” katanya. – kosmo.com.my

Buat adik-adik di luar sana yang bakal menduduki SPM 2013 belajar sungguh-sungguh ye sebab subjek sejarah bukannya subjek yang mudah *bagi Yan ler*, oh yea Adik lelaki Yan pun insyallah 2013 akan menduduki SPM, belajar bebaik ye dik, insyallah mudahan cemerlang SPM 2013 nanti…amin πŸ™‚

Nota Yanmie : Sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa….(tetiba ingat lagu doa buat kekasih :P)