Terima kasih Nuffnang bawa tengok wayang

Salam semua, semalam pergi tengok movie Premier Screening Altitude bersama nuffnang di TGV One Utama. Yan dengan en.hubby sampai awal jugak kat One Utama tu sebabnya takut traffic jam, anak tinggal kat Shah Alam, diorang sendiri yang nak tinggal sana, siap halau Yan cepat-cepat keluar dengan ayahnya..see anak-anak sangat sporting…hahaha makasih yea anak-anakku πŸ™‚

i love nuffnang

2 tiket wayang ALTITUDE Special Screening dari nuffnang dan badge I Love Nuffnang, terima kasih Nuffnang bawa kami tengok wayang semalam, dan semalam yang bagi tiket ialahΒ Robb, sapa tak kenalkan orang kuat nuffnang jugak tu, dan seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan blogger yang lain even nama tak tau, duk panggil kakyan tp segan pulak tak tau nama diorang..ehehe maaf ye, next time kita kenal-kenal lagi πŸ™‚


popcornyeay..dapat popcorn dengan air coke lagi, Thanks to TGV One Utama πŸ™‚

tgv ou

Jumpa blogger Ahm dan Isteri (malarang-kak), sebenarnya muka diorang nie ingat-ingat lupa, nasib baik cam tang muka isteri ahm πŸ™‚ peramah kedua-duanya, hem tapi maaflah yer terbatuk-batuk..hahaha jenuh nak cover tang batuk tu…hampess tul tekak nie!

Ada jugak jumpa blogger Hilal Azmi dengan aweknya yang cun, peramah juga lal nie, 1st dalam panggung dia dah tegur “hai kakyan” eheehe…cam jugak dia dengan Yan ye even dalam gelap-gelap pun…kah3, sampai dah keluar dari panggung nampak dia masih kat luar dengan aweknya then datang menyapa…baik budak lal nie…peramah, siyes budak lal nie memang hensem, putih, tinggi lampai…hahha see puji sebaldi πŸ™‚ kimsalam kat awek yee…*boleh bah kalau kau*

Ok ini pulak cerita sebelum tengok movie tu, sampai kat sana agak awal so kami pergi makan dulu kat Arena Food Court kat Jusco tu sebelum maghrib, alhamdulillah kekenyangan even menu tak berapa nak sedap…ehehe

mee sizzlingMee Sizzling yang tak berapa nak sedap πŸ˜›

arena food courtOrder air Milo Suam dan Mocha, tapi hampes tang mocha tu..tengok gambar bawah…

mochaNampak tak itu binatang?? seakan-akan anak lipas..huwaaaa dah nak abis baru perasan, terus Yan beli air mineral dan tunjukkan air tu kt cashier, cakap ada anak lipas kat dalam tu, assistan cashier tu cakap biasalah binatang suka dengan ais…dan Yan jawab “Hahhh!!!” dah-dah malas nak panjangkan cerita, takmo lah kondem cuma nak mereka lebih berhati-hati dan jaga kebersihan, nie terkena kat Yan, kalau orang lain nie harus masuk TV3 πŸ˜›

strepsilsBeli pulak strepsils untuk melegakan sakit tekak dan gatal tekak…uhuhu

jusco Tunggu en.hubby cari barang, nak cari sweater, sejuk katanya duduk dalam panggung tu πŸ˜›

JuscoYeay…beli sweater 1 je, sebab Yan tak perlukan sweater tu…ehehe lemakkan tebal πŸ˜›

Apa pun semalam memang best!, balik rumah dalam pukul 1 pagi, ambik anak dahulu kat shah alam lepas tu ke putrajaya ambik barang.

Terima kasih buat nuffnang sebab bawa kami tengok wayang…love u nuffnang πŸ™‚

sedikit Sinopsis tentang Filem ALTITUDE

Altitude

After a mysterious malfunction sends their small plane climbing out of control, a rookie pilot and her four teenage friends find themselves trapped in a deadly showdown with a supernatural force.

Directed by Kaare Andrews, starring Jessica Lowndes, Julianna Guill and Ryan Donowho, You Don’t Want to Look Down when you’re flying.

Ever since the stone age, men have always dream of flying in the sky like birds. Of course, today, this dream is made possible with airplanes but then again… will the dream we’re living in turn into a nightmare? Altitude will give you a perception you’ll never forget. – nuffnang.com.my

Nota Yanmie : Terima kasih buat en.hubby coz sudi temankan Yan dating dengan Nuffnang dan blogger-blogger lain….ehehe πŸ˜›

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

48 Comments on “Terima kasih Nuffnang bawa tengok wayang”

  1. aisheh! yan weh… kalolaa akak bukak email akak cecepat ari kamis tuh, n anta confirmation email, dh tentu dh berjumpaan kiter weh… tp, lom ader jodoh nk wat cemana kn? tp sok akak dpt g utk ‘you again’… nk berdating gaks neh…can’t wait! hehehhee….

  2. tq kak yanmie sebab post gmbr wife dalam blog tu..hehehe.. sebenarnya dia pemalu…tapi tengok jumpa kak Yanmie sembang ok je..kira dah ada akawanlah tu.. next event leh jumpa lagi.. sory tak sempat nak jumpa time balik tu.. tengok orang dah keluar ramai2..hehehe..apa pon best dapat jumpa rakan2 bloger ni..

    1. ur welkam, sebenarnya akak nie pemalu jugak sbb tgk wife ahm pun ok blh bersembang akak on je..ehehe maybe ada keserasian di situ. keluar panggung kami terus blk, sempat jumpa beberapa orang blogger selain hilal tp nama blogger tu xingat…ehehe

  3. blog pertama singgah ni..bru je online..tapi mungkin tak online lama..singgah jenguk2 blog je..nak reply komen semua tak dapat… πŸ™ satu permulaan langkah yang bagus la ni bila dah dapat tiket wayang kan…hehehe…tahniah..

  4. Salam kak Yan,
    Anak lipas??… hmm.. Kat Jusco ke kak?. Awat la cashier tu x mesra pelanggan… huhuhu. Mee Sizzling nampak sedap tp kak Yan cakap x sedap, confirm ‘indah rupa dari rasa’ (erk!).. Citer Altitude tu terpaksa r Daus layan bila kuar kat Astro nanti… xde wayang area K.Terengganu kan… huk3

    P/s: Semoga sakit tekak kak Yan cepat sembuh (sakit tekak tu selalu terjadi kat Daus, terseksa giler)…

    1. ye daus, kakyan terkejut dgn respon cashier ngan assistant tu..ckp binatang mmg suka dgn benda sejuk2…adoiii malas nk kecoh2 beli miniral water..terus ke bilik air..bluuuweekkk πŸ˜›

      hayelah kt tengganu xde panggung kan, takpe blh layan kt astro nnti…ehehe πŸ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge