Salam semua, pagi nie godek-godek gambar kat berita harian, seronok pulak tengok gambar kemeriahan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan Sabah. Macam-macam gelagat dan cara calon parti berkempen, ada yang sampai naik rumah buat ceramah, ada yang sampai jatuh titi..ehehe, cekidaut yea gambar-gambar kat bawah nie.

kempen pilihanraya kecil batu sapi

ASKAR Wataniah melalui jejantas yang dihiasi bendera parti bertanding di Jalan Leila yang berhampiran Dewan Masyarakat menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *kalau nda silap ini jejantas depan dewan masyarat sandakan kali bah, meriah dengan bendera*


kempen pilihanraya kecil batu sapi

CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin (dua dari kiri) bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra bersama penduduk Kampung Bokara, Syed Karama Syed Omar, 81, dan isterinya Muhibat Nasir, 67, (kanan) ketika berkempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *Wooww Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pun pigi jugak turun padang, aku suka dia nie :)*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

PETUGAS SAPP di Kampung Tanah Merah menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *bah duduk di kedai ja ni siap belaptop lagi, dulu cek pakai buku ja*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi sepanjang jalan masuk ke pekan Batu Sapi menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *Aku rindu suasana macam ini!! memang meriah bah kalau undi di sana*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

AJK Kampung Istimewa dan penduduk bersama kain rentang yang melarang parti pembangkang memasuki kampung mereka pada pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *bah urang kampung istimewa keluar paper…hahaha*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dibantu lima pekerja kempen selepas terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas di Batu Sapi. *bah..mau ketawa ka nda nie?? hehhee* apa pun simpati sama dia*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

PENDUDUK Kampung Gas Baru memperbaiki pelantar pejalan kaki yang roboh ketika dilalui calon PKR, Ansari Abdullah. *nah!! kesiannyalah tengok*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

CALON PKR, Ansari Abdullah memakai anduh di tangan ketika berkempen di Kampung Gas di Batu Sapi, malam tadi. Semalam, beliau terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas. *hehee..kesian pulak sampai pakai anduh, simpati betul bah aku sama dia nie :P*

kempen pilihanraya kecil batu sapi 8

KETUA Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah Sulaiman memberi ucapan kepada penduduk Kampung Lupak Meluas Darat ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *ehehe..rumah orang kampung ku nie, bah tengok kot2 mama sama bapa  ada di gambar atas tu..hahhaa*

kempen pilihanraya kecil batu sapi

BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi replika udang galah di bulatan Bandar Nantung sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *nda nampak sudah patung udang galah di tengah-tengah round about tu :P*

YONG TYECK LEE

CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden parti itu berjumpa orang ramai di pasar batu lapan dekat Sandakan hari ini untuk kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *Bah sampai di kedai makan diorang nie bekempen :P*

kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi

ADUN Sekong, Datuk Shamsuddin Yahya (kanan) bersama penduduk yang menunjukkan sokongan sambil memegang poster calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Gas Tengah. *bapaku undi di dun sekong untuk parlimen Batu Sapi, mamaku di dun Elopura…wah tetiba!! hahaa*

PRK BATU SAPI / PENYOKONG BN

Penyokong Barisan Nasional datang menaiki lori untuk berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. *ehehe..nie yang bestnya time undi memang meriah bah macam nie :)*

kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi

PENYOKONG Barisan Nasional (BN) yang memenuhi bangunan Gerai Makan dan Minum Sri Intan di depan Dewan Masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi. *Alamak…lamanya nda makan di sini*

Adoiina ba banyak lagi gambar nie, bah kamu tengok sendirilah ya di SINI, penat gak aku share nie, takut bikin lambat laoding blog ja…nanti ada yang menangis mau view blog ku nie 🙂

Kredit : Gambar dan detail dari Berita Harian

Nota Yanmie : Bah tetiba ku becakap sabah di entry ini…hahahaa layankan ja ya 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

49 thoughts on “(Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi”
  1. Anwar senyum sambil melambai tangannya,Najib diam bersama dengan angkanya yang 1,Sapp macam mengaku kalah sudah dengan lambang pangkahnya….

  2. Berabis BN mengasi projek di batu sapi…lepas mengundi entah mungkin tinggal papan tanda yang ada..yg projek sudah gap…gap…

    1. serius kakyan xpernah mengundi lagi even memang layak pun…hahaa sbbnya time undi tu mesti ada je program 😛

      insyallah undi akan datang nak jalankan tanggungjawab kepada negara..ewah!

  3. ok jg bah nie kdg2 ada pilihanrya….kalu nda mana da tu pemimpin tepijak tu tempat malah tu tmpt pun durg nda tau tu..na skrg juta2 pruntukan p sna…bru kunun turun pdg klu ada pilihanraya…kalu x da nahhhh jwab sndri…thniah Batu Sapi dpt pruntukan byk…he2

  4. meriahnya cam raya ja…semoga menang lah yang boleh tulung rakyat bukan yang minta puji jaakk..heee…emo bah tiba2…

    yanmie aku asal di batu 16, kg gum2..hee..sandakan bah ni…

    1. ehehee lama nda becakap sabah bah…wah!!

      betul tu harap2 yang menang dan berjanji tu dapat tunaikan apa yang di janjikan, jgn dh menang besok buat2 lupa pulak…huhuhu

  5. yanmie :
    Salam wa, memang meriah sangat, macam-macam ragam ada…ehehe

    Cukup suka tgk sikap manusia time nak pilihan raya tak kira tua dan muda.. Sampai bergaduh2 kerana benda alah nie agak lucu kadang2~

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge