Hadiah apa ya untuk Mak??

yanmie 96

Salam semua, nak tanya korang, agak-agaknya lah kan hadiah apa ye nak bagi kat mak, besday mak 15 November nanti, tak lama je lagi. Tapikan rasa-rasanya nak bagi hadiah telekung dan bunga Ros Merah kot kat mak, ok jugak kan??

kad besday

Telekung tu nanti mak boleh pakai hari-hari, tiap kali mak sarung dan pakai telekung tu mesti sejuk je hati mak sebab anaknya yang hadiahkan pakaian yang cantik, bersih dan suci untuk menghadap Allah Ta’ala dan bunga Ros merah tu tanda kasih sayang untuk mak.

Lepas tu kan lagi best kalau dapat belikan Mak kek, beli senyap-senyap, kiranya surprise lah sambutan besday mak nie, bagi sekali hadiah yang Mia belikan tu, sekali sekala kita buat macam nie mesti mak seronok, tak percaya trylah buat, kakyan adik beradik memang suka buat macam nie kat mak dan ayah, mereka rasa sangat di hargai, tapi kalau rasa tak boleh nak balik kampung, mia boleh belikan telekung dan kad besday warna merah, pastu pos kat mak, mesti mak suka… πŸ™‚

haishhh….nie salmiah punya pasal lah nie entry nie terbit….ehehe, sebenarnya mak yang di maksudkan adalah Mak Tercinta Salmiah yang akan menyambut hari lahir pada tarikh di atas nu, mudahan Mak Salmiah sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, di panjangkan umur, diberikan rezeki berterusan, sihat tubuh badan dan berbahagia disamping anak cucu…amin.

Nota Yanmie : Entry ini adalah entry contest Hadiah apa ya untuk Mak?? anjuran Salmia Punya Pasal

96 thoughts on “Hadiah apa ya untuk Mak??

Leave a Reply to Ikhwan Pauzi Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Ramlah Ram Bertudung

Salam semua, terlupa pulak nak publish entry nie yang dah duduk dalam draft nie, Oklah entry nie nak cerita pasal penampilan terbaru Penyanyi Ramlah Ram yang kini tampil dengan imej bertudung dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin. teruja tengok penampilan terbarunya […]

Subscribe US Now