Salam semua, semalam tengok berita TV3 pasal seorang anak tergamak menetak ibunya yang di sangkakannya adalah SAKA, semua ini dikatakan bermula apabila anaknya mula membaca buku perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus, memang dalam buku tersebut ada menyentuh bab-bab SAKA, JIN, SYAITAN.

buku perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus

Kalau korang perasan, tidak lama dulu Yan ada membeli buku tersebut, baca kat SINI, sungguh buku tu tak habis pun baca sebabnya seram, seolah-olah kita di bawa ke dunia lain, Yan sedar buku tersebut buat Yan seram sejuk nak baca, hanya orang yang kuat iman rasanya boleh meneruskan pembacaan tersebut

perubatan cara islam

Buku ini di beli tidak lama dulu..takut pulak nak teruskan membaca 😛

“Sebelum kejadian, anak saya yang bersikap pendiam tidak menunjukkan keganjilan dan bersikap seperti biasa menyebabkan kami sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, kata Halim, dia mengesyaki perbuatan anaknya itu ada kaitan dengan pengaruh ilmu mistik kerana dia kerap dilihat membaca buku mengenai makhluk halus.

“Saya menyedari dia suka membaca buku perkara tahyul sejak sebulan lalu. Saya pernah meminta isteri memeriksa kandungan buku yang selalu dibaca itu kerana saya tidak tahu membaca.

“Menurut arwah, buku itu mengandungi amalan yang tidak boleh diikut umat Islam. Saya tidak tahu bagaimana anak saya boleh terpengaruh ajaran demikian dan dari mana dia mendapatkan buku itu,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata, arwah ibunya pernah beberapa kali memberitahu sikap abangnya itu yang suka membaca buku mengenai makhluk halus.

Berita penuh klik SINI

Berikut pulak Yan kongsikan komen dari sahabat kita yea, erma fatiha Klik  SINI dan jugak blog post erma di sini www.drermafatiha.blogspot.com/2010/11/syaitan-gurunya.html

salam sahabat ..

buku ini bukan punca pembunuhan..Ustaz syarhan merupakan pakar perubatan islam yang sudah tidak asing lagi,menulis buku ini..

Belajar tanpa guru itulah yang menjadi puncanya….Buku adalah alat, alat memerlukan orang yang mahir untuk mengendalikannya.

Dalam kes ini,

jangan menyalahkan buku itu sebaliknya berguru dengan syaitan adalah silapnya.

Tidak pernah ilmu agama mengajar kita kepada keburukan..tambahan pula, ilmu perubatan Islam lah yang banyak membantu ummah dalam menangkis makhluk halus..

Nasihat:

Bergurulah..jangan membaca tanpa guru….sedangkan untuk mengamalkan ilmu perubatan islam itu sendiri memerlukan tauliah..

Jawapan yanmie

– memang ada betulnya komen sahabat kita di atas, apa pun terpulang pada pendapat masing-masing, tetapi apa yang Yan tahu ustaz sarhan adalah seorang pakar perubatan islam yang tidak asing lagi, malahan beliau sering kali muncul di kaca TV3 untuk rancangan Wanita hari ini, beliau kerap menjadi tetamu undangan untuk rancangan tersebut,

di harap disini kawan-kawan semua tidak harus menyalahkan buku tersebut punca pembunuhan, dalam buku tersebut tidak ada pun di nyatakan bab-bab bunuh, macam tulah kalau belajar tanpa guru, terima kasih buat saudari erma atas komen di atas dimana beliau jugak merupakan pembaca buku tersebut.

Tapi Yan belum rasa kuat lagi nak teruskan pembacaan buku tersebut 😛 insyaallah kalau rasa dah bersedia Yan akan teruskan pembacaan sampai habis, buku tersebut memang ada mengajar kita bab-bab pendinding diri, sangat bagus!

Nota Yanmie : Patut ramai yang google :P, Kansel terus nak teruskan pembacaan buku tersebut!