Salam semua, tertarik dengan laporan mstar.com.my pagi nie Yan kongsikan bersama pembaca blog nie ye, terkini Fazley sudahpun meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik Fazley. Aiiiyooo apa sudah jadi??

fazley

Sumber mstar.com.my

Kesian jugak dengan Fazley, sebenarnya dia pun tak tahu mula-mula bahawa ijazah yang di milikinya tu sama ada palsu atau tidak, Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas fazley dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

Apapun moga Fazley terus sukses, kita janganlah cepat menuding jari, biarlah pihak berwajib meneruskan siasatan, simpati dengan Fazley kerana tidak tahu tempat dia menerima ijazah sebelum nie mengeluarkan ijazah palsu, harap Fazley lebih kuat menerima ini semua.

Nota Yanmie : Aiyooo kesian kat pelajar Kolej Antarabangsa Fazley jugak…huhhu