Salam semua, baru nie kan ada balik kedah so kami berkesempatanlah jugak jalan-jalan di Pekan Rabu, alor star, kedah selain Jalan-jalan ke Muzium Padi. Seronoklah jugak rambang mata nengok barang-barang jualan..ehehe, bangunan dalam Pekan Rabu nie lebih kurang macam Pertama Kompleks kat KL nu..barang-barang yang di jual pun pelbagai, rasa macam duduk kat padang besar pulak bila berada dalam Pekan Rabut tu…hahaha jom layan gambar macam biasa π
Pemandangan dari Jejantas kat Pekan Rabu tu, rasa gayat pulak sebab lama tak naik jejantas…hahaha adakah patut?? naik flight tak pulak gayat :P, maybe sebab kawasan yang sibuk kot, nampak banyak kenderaan lalu kat bawah *ehek ada je alasan*
Macam Yan cakap tadi, kedai-kedai dalamnya lebih kurang macam dalam pertama kompleks KL dan barangan yang di jual macam kat padang besar..eh yeker?? hahaha
Macam-macam barang ada di jual disini, dari pakaian, perhiasan, makanan dan macam-macam lagi π
Wowww serunding, terliur tak tengok?? tapi tak beli sebab takde pun rasa nak makan, kami cuma beli, belacan, kismis, Kuah Rojak Mak Bee, Kereta mainan Ben10…hahaha, pastu beli apa lagi ye?? tak ingat dah sebab entry nie patutnya di publish minggu lepas…wakaka π
Aiman masuk kedai kasut, kesian dia nak kasut tapi juru jual kedai pulak takde gi solat, so pegi beli kat kedai luar, kasut crocs jugak yang dia pilih…adess punyelah banyak jenis kasut yang crocs jugak tetap jadi pilihannya…haha bebudak pun ada citarasa sendiri, layankan je…yang penting dia hepi, so kita pun turut hepi gak π
Kalau balik kedah MIL mesti nak beli kain tudung kat kedai nie, diorang jual by meter, so kiranya kain tu nanti MIL akan jahit, pandaikan MIL yan jahit tudung yang ala-ala ariani tu π
Cantikan designnye, nie design terbaru, habis MIL pulun macam-macam kaler dia beli :), Yan tengok aje..tak beli pun sebabnya Yan ada lagi 2 pasang tudung yang belum di pakai…ehehe.
Oh yea, untuk makluman ini merupakan kali ke 2 Yan sampai di Pekan Rabu, kali pertama masa pergi honeymoon dengan en.hubby di Langkawi kami singgah ke Pekan Rabu nie, dan selalunya kalau balik Kedah memang jarang jalan gi sini π
Nota Yanmie : Kenapa ye di namakan tempat nie sebagai Pekan Rabu??
π best kan blik kedah…adeq bole kate kn kali kedua pg sane..wlaupon kg mak kt kedah..best gile uh….
belacan 3 sepuloh!
ni xleh blah ni…lepas banjir nnt kena g..mesti barang bekas kena banjir..smua jadi murah! hehehehe
erkkkk…keciannye….
pekan rabu ni dah naik air paras lutut kak….
pasar kot..hahaha pasar malam ,malam rabu..haaha
alhamdullilahh
saya minat tang kasutnya..seliparnye x..hahhaa
entah la redboys..aku pun sedang menanti
xpe lah kan.. π
Haah masa pun xde arinie nak komen riban2 π
Crocs? Best π Tapi ramai org pakai saya x bpe berminat π
Wow.. dah dapat green light.. Saya suka π
pekan rabu akak π Pasar rabu x penah dengar lagi >.<
Serindung.. Amat lama tak makan serunding.. Kebetulan di penang pun akan ada pekan rabu di uitm permatang pauh~
oh yeke akan ada pekan rabu?? ke pasar rabu?? eehehe konfius jap π
Ekeke.. gilalah korang.. Aku memang tak leh komen blog cam nie π Jadi x reti weh
takpe komen je ikut suka…xyah skema sangat, yg pnting komen dgn hepi π
bestnye aiman dapat crocs hahaha nak jugak
aaa..xsempat nk share info gak…smua da lengkap profhariz kasi..hahaha
hahahah persaingan sihat sambil chat2
bila tuu
@ProfHariz
memang popular pekan rabu ni.. mcm2 ada dijual di sana..
@SuaraPeople
pekan kamis akan dtg ye.. tunggu.. hehe
@yanmie
bnyk gila info yg dia bagi.. jenuh nak baca.. hik2
@SuaraPeople
habis semua info dia bg.. haha..
@yanmie
tak terkejar daku.. huk2..
@ProfHariz
kena hati2 ye kak lain kali.. bahaya gak..
@suffer8zine
haha.. smlm menang kt hariz.. hari ni suara people plak mengungguli carta.. hehe.. dasat tul dorg ni..
@sharinginfoz
bila pergi tu bro? eheh..
@yanmie
ooo.. dia tak kesah ke?
ku berlari tomok
mak ai, masing2 kejar top commentator, dasat π
Terkini : Mati disengat tebuan
jom kejar2 dgn diorg π
lorhh patut ahh semangat je pagi2 nih
Hahaha kat rumah ada orang kuat kedah nie.. Kalau ada apa-apa soalan leh bertanya selagi termampu jawab mengenai pekan rabu π
melawak je kak ehehheee
owhh good2…thx for da info…mcm tahun melawat kedah la plak ;p
Dengan itu kita perlu lebih berhati-hati… GSB perlu dititik-beratkan π
Apa yang hariz tahu la akak.. Berdasarkan tanya pada orang-orang Alor Star DR M Beliau pernah berniaga buah-buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah
InsyaAllah akak.. Lagipun Pekan Rabu sangat popular di kedah Alor Star π
Selalunya kuih tradisional, Tudung untuk perempuan dan serunding π
Segala sumber semua hariz copy paste daripada : http://www.pekanrabu.com/
Memang banyak yang hariz x tahu.. Walaupun orang utara.. Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung yanmieonline.com π
Untuk album gambar pekan rabu dahulu dan sekarang boleh p kat sini http://www.pekanrabu.com/album/index.html
Tahun 2004
23 Feb 2004.
Lawatan Koperasi Kakitangan Angkasa (KOKITA) ke Pekan Rabu.
6 Mac 2004
Expo Pendidikan Peringkat Negeri Kedah di Pekan Rabu.
‘Job Fair’ Jabatan Tenaga Rakyat.
wah pelbagai kedai ada nih…tp yang yg femes biasa? bak kata org..kalau pi pekan rabu…xbeli benda tu xsah..apa eh? ada ke?hehehe
Tahun 2001
18 April 2001
Majlis Pecah Tanah Projek Cek Det Mall, Cek Det Walk dan Dataran Sungai Raja.
Perasmian disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Menteri Besar Kedah.
26 Julai 2001
YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KPRASB kali ke 38.
6 Ogos 2001
Lawatan Ybhg Tan Sri Shamsudin bin Othman, KSN ke Pekan Rabu meninjau Dataran Che Det Walk dan Che Det Mall.
2 Sept 2001
Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar anjuran bersama Unit Pembangunan Keluarga Tani IV Kota Sarang Semut, Kedah.
24 Okt 2001
Kolokium Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan.
Tahun 2002
21 Mac 2002
Promosi Jualan Kereta Nasional
29 Mac 2002
Majlis Perjumpaan Menteri Pembangunan Usahawan (YB Dato’ Nazri Aziz) bersama anggota Pekan Rabu mengenai menandatangani surat akujanji dengan MARA.
Lawatan Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam (TYT Dato’ Paduka Hj Abdullah Hj Mohamad) dan isteri ke Pekan Rabu.
7April 2002
Perasmian J/Kuasa Perhubungan Pusat- Negeri Wilayah 1 oleh YBhg Dato’ Seri Rahman Maidin (Pengerusi DPMM) di Dataran Che Det.
21 April 2002
Promosi dan jualan buku-buku keluaran DBP
20 Sept 2002
Lawatan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Songkla Thailand ke Pekan Rabu.
24 Sept 2002
Majlis Perlepasan Peserta Kembara Bahasa 2002.
Tahun 2003
20 Julai 2003
Pesta Makanan dan Buah-buahan 2003 Peringkat Kebangsaan.
1 Nov 2003
Majlis Perasmian Bazar Ramadan Peringkat nasional 2003
21 Dis 2003
Majlis Sambutan Pengishtiharan Bandaraya Alor Setar
Tahun 1995
YAB Dr. Mahathir telah meluluskan RM 6.5 juta melalui Kerajaan Negeri untuk mengubahsuai bangunan Pekan Rabu. Peniaga-peniaga telah dipindahkan sementara di hadapan Panggung Empire dan di Kawasan Lapang hadapan Bank Bumiputra.
Tahun 1998
16 September 1998
Pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu telah siap dan peniaga-peniaga telah kembali ke bangunan baru. YAB Dr Mahathir telah merasmikan Kompleks Pekan Rabu pada hari ini.
Tahun 2000
5 Ogos 2000
Y.A.B. Menteri Besar Kedah merasmikan Karnival Beli Belah Pekan Rabu.
6 Ogos 2000
Pertunjukan kereta ‘Volkwagen Beetle’.
10 ogos 2000
Majlis Pengkisahan ‘Che Det dan Pekan Rabu’ dirasmikan oleh YB Dato’ Abd Kadir Sh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan Malaysia.
12 Ogos 2000
Pertandingan’Hiasan dan Gubahan’ Kuih Muih Tradisional.
14 Ogos 2000
YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Che’ Det & Pekan Rabu.
16 ogos 2000
Pertandingan ‘Tebar Roti Canai’.
17 ogos 2000
Pertandingan Teh Tarik.
19 Ogos 2000
Demontrasi membuat hantaran perkahwinan.
20 Ogos 2000
Pertunjukan ‘Superbike’.
24 Ogos 2000
Pertunjukan Pakain tradisional dan moden.
26 Ogos 2000
Pertandinagn ‘Masak-masak’.
27 Ogos 2000
Forum Mega ‘Beras Secupak Takkan Jadi Segantang’.
29 September hingga 2 Oktober 2000
Expo Perdagangan Koperasi Peringkat Negeri Kedah
Perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
1 Oktober 2000
Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah ke Kompleks Pekan Rabu.
23 Oktober 2000
Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Penyerahan Kompleks Pekan Rabu oleh MARA kepada Koperasi Pekan Rabu diantara Pengerusi Koperasi Pekan Rabu dan Pengarah MARA Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Wakil Menteri Besar Kedah YB Prof Dato’ Dr Hj Othman Ishak.
woww detail!! tengkiu!
harap lebih ramai org pergi melawat kedah lepas nie…ehehee π
@ProfHariz
wahhh banyak info dari profhariz ni…dah berdebar2 rasa nak g pekan rabu..singgah sebenter di pekan khamis,..
hahhaa ada ke pekan kamis?? awat akak xtau nie??
KRONOLOGI
Tahun 1929
Almarhum Tunku Yaacob ibnu Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mengasaskan Pasar Minggu di Tanjung Chali sekembali dari lawatan ke Trinidad.
Tahun 1932
Pekan Rabu di Tanjung Chali telah berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim
Tahun 1940
Pejabat Daerah Kota Star menubuhkan ‘Kampung Kraf’ dengan menjadikan Pekan Rabu sebagai tempat pemasaran. Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggungan Berhad ditubuhkan.
Tahun 1950
Nama ditukar kepada Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan ‘Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggongan Berhad ditubuhkan.
Tahun 1957
Kerajaan meluluskan kawasan baru di hadapan Pekan Rabu yang dinamakan Pasar Yaakub
Nama syarikat dipinda kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd.
Tahun 1968
Bilangan ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun 1971
Bilangan ahli meningkat kepada 401 orang.
Peniaga Pasar Yaakub sebanyak 13 orang berpindah ke Pasar Serbanika.
Tahun 1974
Bilangan Ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.
Tahun 1976
Pada 22 Oktober 1976 jam 12.15 malam kebakaran telah berlaku di Pekan Rabu Sementara. Seramai 126 orang telah kehilangan harta benda. Tiga barisan bangunan sementara telah musnah dijilat api. Jumlah kerugian dianggarkan RM 1/2 juta.
Tahun 1978
25 Februari 1978
Bangunan Kompleks Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).
10 Oktober 1978
Y.A.B. Dato’ Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah telah melawat Kompleks Perniagaan Pekan Rabu.
4 Disember 1978
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung melawat Kompleks Pekan Rabu.
Tahun 1988
Projek Pekan Rabu Fasa II dimulakan dengan kos RM 2 juta.
Tahun 1990
Projek bangunan Pekan Rabu Fasa II telah siap dan 73 buah gerai telah disediakan.
Peranan Pekan Rabu Dalam Membangun Ekonomi Orang Melayu
Membantu dan mempertingkatkan pencapaian peniaga-peniaga Melayu.
Menyatupadukan peniaga-peniaga Melayu di bawah satu bumbung.
Membantu peniaga-peniaga Melayu bersatu tenaga secara kolektif bagi merebut peluang-peluang perniagaan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain.
Masalah ketiadaan tempat atau ruang berniaga di kalangan peniaga-peniaga Melayu dapat diatasi.
Berjaya melahirkan ramai pemborong dan peniaga-peniaga Melayu.
Barangan keluaran kampung / tempatan berjaya diketengahkan ke pasaran luar.
Aktiviti perniagaan orang Melayu menjadi tersusun dan terurus di segi pemasaran dan prasarana. Menjadi pusat tarikan pelancong dari segi perdagangan dan keunikannya.
Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan Rabu ini ialah :-
1. Kedai Pakaian
2. Kedai Makanan / Minuman
3. Kedai Barang-barang Kemas
4. Kedai Buah-buahan
5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
6. Kedai kuih muih ( kering atau basah)
7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar
8. Kedai Kraftangan
9. Kedai Pinggan Mangkuk
10. Kedai Ubat Tadisional
11. Kedai Alat-alat perhiasan dan kosmetik
12. Kedai Tukang Jahit
13. Kedai gunting rambut
14. Kedai Muzik
15. Kedai Jam
16. Kedai Ikan Kering
17. Kedai Sekolah Memandu
18. Kedai Cermin dan Frame
19. Kedai Gigi
20. Kedai Alat Permainan
21. Kedai Cermin Mata
22. Kedai Beg
23. Kedai Peralatan Haji
24. Internet-Cafe
JENIS PERNIAGAAN
Pekan Rabu pada dasarnya adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk menjalankan perniagaan di sini, perlulah menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu. Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM 90 β RM 300 sebulan.
Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang di jalankan di Kompleks Pekan Rabu, dari hasil tanaman keluaran kampung sehingga ke perniagaan yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Kedai-kedai yang terdapat di sini mula beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga ke 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti umum atau perayaan.
Di Fasa 1 terdapat 5 tingkat kedai perniagaan yang mengandungi 274 buah gerai, manakala di Fasa 2 juga terdapat 5 tingkat kedai yang mengandungi 73 buah gerai.
kak yan skrg ni ramai x org kt sana?mcm interestd je lah pi sana…xbanjir ek..heheee
time kakyan pegi xramai sgt sbb bukan wiken π
time akak pegi tu 2mggu lepas kot, time tu cuaca ok lg xde banjir
masih dgn soala sama..DR M jual aoa kt pekan rabu dulu2…ada info x?mcm menarik
Kemudahan Yang Disediakan
Surau
Tandas
Berhampiran stesen teksi, bas, bank dan hotel
Telefon Awam
Mesin Autoteller
Jejantas Ke Komplek Pekan Rabu
Tempat letak kereta
wahhhh nice info
ANTARA YANG MENARIK MENGENAI PEKAN RABU
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini.
Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu.
Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali menyambut bulan puasa.
Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar.
Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.
wah makasih detailnya hariz, insyallah lepas nie lebih ramai yang akan pergi ke Pekan Rabu nie, bnyk juga rupanya pembangunan yg dh di buat di sini π
Tanjong Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan.
Pekan Rabu ” lama” sebelum dibina bangunan yang sedia ada sekarang
Pekan Rabu mempunyai sejarah tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing.
Kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. Ianya bermula dari pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar.
Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar.
Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu).
Nama “Pekan Rabu” yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu
DR M pernah meniaga apa ye?? hariz tau tak?
DR M niaga apa dauz?
xpernah singgah..lalu je pernah..masa duk kedah PLKN dlu..hahhaa
ok juga kat sini pernah le pergi sekali masa melawat alor setar
sedap makan dia pnya mee kari ke apa ntah namanya, mkn kat sat gerai tu..pergh!! sedap sangat…adess teringat pulak…ehehe π
kalau kt kelantan,ibarat cam wakaf che yeh
@afiq aiman
ohh bajir xsampai ke situ ek? syukur alhamdulliah.. ;p
nama pekan rabu mybe sbb hari dia nk namakan tu hari rabuu ;p
Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/d3T5Po (via @yanmie)
tak g tgk banjir ke…nasib baik air banjir tu tak sampai ke pekan rabu ye hehe…sy jrg ke pekan rabu-city plaza selalu la, anak muda la katakan ekeke
time akak pegi nie takde banjir lagi…ehehe selamat π
sekarang banjir kan kat kedah..teruk betul td tengok gambar
ha’ah tgk jugak kt berita, nasib baik time pergi sana cuaca ok π
tak pernah sampai lagi pekan rabu nih, pening kepala tengok kedai banyak-banyak nih.
hahaa blh pulak ye pening tgk kedai bnyk2…klu akak harus elak lalu kedai mainan..hehehe
klu tak abis anak pulun π
owh mcm ni rupenye pekan rabu..xpenah tgk..dgr nama je..nk pegi jauh bangat..hehe
ha’ah mcmtu ler pekan rabu nyee…
biasa2 je pun π
waaaa….belum sampai sana lagi…tapi ada niat..insyaallah…banyak shoping yan…
ada masa pegilah..tp mcm nda berapa best gak..biasa2 ja…
maybe yg jd best tu sbb nama tmpt tu kot…ehehee
x pernah pergi .. nampak macam best .. kene letak dlm kalendar cuti2 malaysia nie .. hehehe
heh..ada masa pergilah, tp klu akak nk soping2 bek pi padang besar…ehhee
kak, saya dah kena tipu pergi pekan rabu ni. kerepek dia takde due date, bila tny kata baru buat, sebab orang melayu kita percayalah… pastu dah beli byk, bila rasa mak aiii lain macam nye. haish. kecewa saya.
oh yeker yob, siannye…akak xde pulak beli kerepeknya
tp tulahkan org sebangsa dgn kita sdiiri pun buat mcm tu
akak klu xde tanda exp mmg akak ragu2 nk beli…
wah.. kesian aiman.. kempunan dia..
p/s: tak sempat nak jumpe ye kita.. dkt je..
takpe belikan dia kasut kt seberang jln pekan rabu tu π
crocs ttp jadi pilihannya..huhuhu
@Zezebel
skrg tak boleh.. air naik tinggi.. jalan semua di tutup..
@ifti
betul tu bro.. habis kedah ni.. aku kt jitra ni pon air naik tinggi gak.. sian peniaga2.. habis rugi.. dugaan dr-Nya..
@Dauspozi
eh ye ker daus? taktahu plak.. even aku dok kedah.. hehe..
Rasa macam nak pegi juga ke tempat ni..hehe
hehehe…biasa2 ja pun tmpt nie π
tp klu sdh ada di sana blh lah singgah gi soping2 π
hari ni Pekan Rabu di tenggelami air huhu 80% bandar Alor Setar dipenuhi air
oh yeker ifti, syukur time blk baru nie cuaca ok…
tinggi gak tu di tenggelami air 80%…owh…
Salam kak Yan,
Kalau tak silap Daus dulu Tun Dr. Mahathir pernah berniaga kat Pekan Rabu tu kan… Tak pasti r… Ma yg cakap.. hehe
Salam Daus, oh ye…kakyan xtau pulak..ehehe, thanks for sharing yea π
RT @yanmie: Blog Updated : Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/aGIu7S
RT: @yanmie: Blog Updated : Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/aGIu7S
Blog Updated : Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/aGIu7S