Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi P.185

Salam semua, alhamdulillah hari nie merupakan undi di kampung Yan iaitu Batu Sapi dan juga undi di DUN Galas, mudahan semuanya berjalan dengan lancar, harap-harap parti apa pun yang menang dapat mengotakan janji kepada masyarakat.

Keputusan rasmi – Barisan Nasional Menang di Batu Sapi

Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Undi rosak votes – 420
Majoriti – 6,359

P185

Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain.

parlimen batu sapi sandakan

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Datin LindaTsen daripada Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi ini dijangka diketahui pada pukul 8 malam, menurut Pengurus Pilihan raya Mohamad Hamsan Awang Supain. Beliau berkata tempoh mengundi ialah dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di 12 pusat mengundi termasuk enam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting dan DUN Sekong serta sebuah di Pulau Timbang.

Selamat mengundi buat Mak, Ayah, Nenek, Makcik, Pakcik, sanak saudara dan semua orang kampung, undilah dengan bijak!! undi korang semua penentu masa depan Batu Sapi dan Jugak Sandakan!, tapi Siapa pun yang menang harap janji tetap di kota, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga!

Laporan Terkini Piliharaya Kecil Parlimen Batu Sapi P185


Keputusan rasmi – Barisan Nasional Menang di Batu Sapi

Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Undi rosak votes – 420
Majoriti – 6,359

8.00pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) – 3,281
Undi rosak votes – 420
Majoriti -5,257

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.50pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -5,702
Yong Teck Lee (SAPP) – 1,329
Ansari Abdullah (PKR) – 2,095
Undi rosak votes – 420
Majoriti -3,607

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.45pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -5,084
Yong Teck Lee (SAPP) – 1,250
Ansari Abdullah (PKR) – 2,022
Undi rosak votes – 420
Majoriti -3,062

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.12pm: Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah tetamu Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sandakan. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

6.55pm: Calon PKR Ansari Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi dengan diiringi sekumpulan kecil penyokong.

Presiden SAPP yang juga calon parti itu, Datuk Yong Teck Lee tiba beberapa minit kemudian dan diikuti oleh pegawai SPR yang membawa kotak undi dari 12 pusat pengundian untuk dijumlahkan.

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) – 1,018
Ansari Abdullah (PKR) – 1,709
Undi rosak votes – 420
Majoriti -3,342

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

6.45pm:

Linda Tsen (BN-PBS) – 3,226
Yong Teck Lee (SAPP) – 814
Ansari Abdullah (PKR) -1,269
Undi rosak – 420

6.40pm:

Linda Tsen (BN-PBS) – 2614
Yong Teck Lee (SAPP) – 622
Ansari Abdullah (PKR) -931
Undi rosak – 410

6.34pm:

Linda Tsen (BN-PBS) – 1496
Yong Teck Lee (SAPP) – 422
Ansari Abdullah (PKR) -752
Undi rosak – 394

6.30pm: Keputusan tidak rasmi (3 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) – 514
Yong Teck Lee (SAPP) – 156
Ansari Abdullah (PKR) – 208

6.25pm: Keputusan tidak rasmi (2 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) – 266
Yong Teck Lee (SAPP) – 94
Ansari Abdullah (PKR) – 177

5.28pm: Keputusan tidak rasmi

Tronglit (pusat pengundi majoriti Bumiputera Islam) yang berakhir jam 3 petang:

Saluran 1:
Linda Tsen – 153
Yong Teck Lee – 14
Ansari Abdullah – 4

5.15pm: SPR mengesahkan seramai 15,774 orang atau 61.47 peratus daripada 25,582 pemilih berdaftar telah mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi hari ini selepas pengundian selesai.

Ia hampir sama dengan 61.45 peratus yang keluar mengundi di kawasan itu dalam pilihan raya umum 2008.

5.00pm: Semua pusat pengundian ditutup.

4.15pm: Sejumlah 14,725 pengundi atau 57.56 peratus telah mengundi, kata SPR.

4.00pm: Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi ditutup, manakala yang lainnya akan ditutup pada jam 5 petang.

3.00pm: Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi hari ini, sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih berakhir.

Pegawai pengurus pilihan raya, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan.

Dengan berbaki dua jam lagi, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan masih rendah. Perangkaan rasmi SPR menunjukkan jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 52.06 peratus atau 13,318 undi.

2.00pm: Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.

Proses membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi berjalan lancar setakat ini, namun jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan mereka masih kecil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

“Diharapkan lebih ramai akan keluar mengundi selepas ini bagi mencapai sasaran 75 peratus,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, waktu pagi didominasi pemilih warga emas, manakala jumlah pengundi muda yang membuang undi hanya meningkat selepas 11 pagi.

1.45pm: Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

12.40pm: Lebih kurang 100 penyokong BN di luar sebuah lagi pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi – kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera – masih lagi menunggu.

12.00pm: Seramai 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

11.10am: Datuk Yong Teck Lee tiba dan bersalaman dengan pekerja SPR dan juga pengundi.

11.00am: Jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 28.59 peratus atau 7,313 orang.

10.55am: Hujan renyai-renyai di sekitar pusat pengundian SMK Agama – pekerja dan penyokong parti masing-masing berlari mencari tempat teduh.

10.24am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba dengan diiringi oleh Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di SMK Agama.

10.29am: Jumlah keluar mengundi sehingga jam 10 pagi adalah 23.05 peratus atau 5,897 orang.

10.03am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Agama di Taman Mawar dengan pegawainya untuk memantau perkembangan di pusat pengundian.

9.56am: Calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin tiba di perhentian pertamanya diSMK Agama di Taman Mawar, dengan diiringi naib presiden PBS, Dr Yee Moh Chai dan ADUN Sekong Samsudin Yahya.

9.47am: Menurut SPR, peratus yang telah keluar mengundi setakat jam 9 pagi adalah 14.68 peratus (3,756 undi).

9.36am: Di SJK(C) Cheng Min dan SK Bandar Sandakan, dua pusat pengundian majoriti masyarakat Cina yang terletak bersebelahan di atas bukit di bandar Sandakan, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan amat memberangsangkan.

9.24am: Presiden Sapp yang juga calon Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee berkata beliau optimistik dengan peluangnya pada pilihan raya hari ini.

9.06am: Penyokong BN dan Pakatan Rakyat mula melaungkan slogan masing-masing sambil mengibarkan bendera parti serta sepanduk calon masing-masing di sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian di SMK Agama di kawasan majoriti Cina, Taman Mawar.

8.55am: Berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Batu Sapi, menuju ke pusat pengundian. Ia akibat kenderaan termasuk bas mini yang digunakan bagi menurunkan pengundi. Pihak polis sibuk mengarahkan lalu lintas di beberapa persimpangan tetapi keadaan masih belum pulih.

8.41am: Yong Teck Lee tiba kawasan pengundian pertama di SMK Agama Taman Mawar. Beliau, seperti pencabarnya Linda Tsen Thau Lin dan and Ansari Abdullah, bukan pemilih di kawasan tersebut.

8.15am: Di SMK Agama Sandakan di Taman Mawar – salah satu pusat pengundian terbesar – hanya beberapa orang sahaja yang turun mengundi. Ia merupakan kawasan majoriti Cina.

8.00am: Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Detail – Malaysiakini.com

Nota Yanmie : Keputusan Rasmi Piliharaya Kecil Parlimen Batu Sapi akan di kemaskini semula.

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

29 thoughts on “Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi P.185”

    1. ha’ah kak..kat sana klu mlm pun kan..kadang berita kul 8 x abis yan dh tido..hahahaa, sana kul 9-10 mlm tu dh mcm kul 12 mlm kt sini…ehehee

      hahahaa…sian reporter tu lak xleh nk cari mkn…ehehee 😛

    1. Salam, Kakngah….yelah betullah tu sbb selalunya mmg mcm tu pun..uwaaa harap2 siapa pun yg menang lepas nie harus mengotakan janji pada masyarakat di sana

    1. hahaa agaknyelah kot, sana kul 6 pagi dah macam pukul 7-8 pagi kak..sana awal.
      jap lagi nak call tanya perkembangan kat sana…wakaka kalah reporter 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.