Salam semua, semalam dah nampak ada keywords yang masuk duk cari laporan trafik bulanan blog ini, siapakah itu?? cepat ngaku!! hahaa nampaknya ada yang nak tahu kot laporan terkini trafik blog ini kan *cewah!! perasan*, tapi tu ler trafik tak sekencang orang lain tapi alhamdulillah syukur sangat dengan apa yang ada sekarang nie 🙂

trafik bulan 10

Syukur alhamdulillah walaupun di saat-saat akhir blog down tapi masih tetap berpuas hati dengan pencapaian yang ada. kalau korang perasan masa 31hb hari tu blog ini tidak dapat diakses sebabnya pihak fivio sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan server. hem takpelah tidak semua benda sempurnakan, lagi pun bersyukur sangat sejak Upgrade ke Premium Hosting – Litespeed Flatform inilah kali pertama blog down.

Untuk Bulan Oktober trafik blog ini mendapat 79,726 Unic Visitor *kalau tak down kompom dpt 80K* dan 188,745 Pageviews. tapi owh…Bounce Rate masih comel macam tu…hahaa harap-harap dapat di kecilkan nanti 😛

Dan syukur alhamdulillah jugak dengan trafik diatas Yan dapat income nuffnang yang setakat ini boleh Yan banggakan…ehehe, jom cekidaut yea, bukan nak menunjuk tapi sekadar perkongsihan dan jugak untuk menaikkan semangat Yan untuk berblogging, blogging bukan semata-mata untuk duit, tapi kalau dengan blogging boleh mendatangkan hasil why not kita manfaatkan ye tak? ala bukannya susah pun, cuma update blog je, bukan nak kena dengar bos meleter kat opis pun…ehehe maklumlah suri rumah sepenuh masa 😛

buffered and metered earningAlhamdulillah semalam dapat lagi 2 buffered baru, now ada 4 buffered yang sedang berjalan, tapi kesemua buffered tu ada time-time nya keluar. Sekarang nie belum ada rasa nak cashout, biar ajelah dulu…ehehe, btw tengkiu nuffnang…mmuaahs 🙂

Wah oklah setakat tu je ye, takde apa yang specialnya pun trafik blog ini. meh Yan kongsikan keywords yang mencari trafik bulanan blog ini.

keywordsKeywords dari Google Analytics, Cepat ngaku siapa yang cari keywords atas tu?? bulan november pun tak abis lagi dari cari…hahaha adoiii kontroversi betul lah 😛

Nota Yanmie : Bestnya kalau dapat Laptop baru lagi, klik SINI