Lelongan Ternakan MAHA 2010 Sabtu Ini

*Testing Post: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan menganjurkan Lelongan Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010 pada Sabtu dan Ahad ini, bermula 2 petang.

Acara tersebut dikendalikan oleh Syarikat Major Transglobal Sdn Bhd (MTG) yang berpengalaman menganjurkan Pekan Dorper Auction di Runchang, Pahang.

Tujuan Lelongan Ternakan MAHA 2010 adalah memberi peluang kepada penternak dan pembekal ternakan ruminan menjual hasil mereka melalui kaedah lelongan sekali gus menarik minat pembekal dan pembida ternakan dari seluruh negara.

Menerusi kaedah lelongan, pembida atau pembeli berpeluang mendapatkan ternakan yang baik dan berkualiti kerana boleh menilai sendiri tahap kesihatan ternakan yang ingin diperoleh.

Terdapat dua kategori ternakan dilelong pada acara tersebut iaitu untuk tujuan pembakaan dan sembelihan termasuk spesis bebiri Dorper dan Damara, kambing Jamnapari dan Boer selain lembu dan kerbau. (Sumber: mStar Online)

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

13 thoughts on “Lelongan Ternakan MAHA 2010 Sabtu Ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published.