Salam semua, hari nie adalah episode terakhir bagi Drama Chinta di slot akasia TV3, dan bermula 15 nov 2010 drama terbaru yang menggantikannya adalah drama yang bertajuk Seribu Kali Cinta yang macam biasa waktu tayangannya isnin hingga khamis pukul 6.30 petang.

seribu kali cinta

Drama komedi Romantik ini di bintangi oleh Kamal Adli, Norkhiriah, Cat Farish, Intan Ladyana, Abu Bakar Omar, Rozie Othman. kalau ada norkhiriah mesti best nie sebabnya dia tu boleh tahan jugak bawa watak yang komedi nie. lebih-lebih lagi ada Kamal dan intan ladyana..pergh!! pasangan romantik 😛

Jom layan sinopsis Seribu kali cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Kredit kepada Nuriz

Nota Yanmie : macam mana tu ye seribu kali cinta??