Salam semua, yea hari khamis hari tu bermulalah pengalaman bersama dengan HTC Desire Z, satu pengalaman yang tak mungkin di lupakan bila Yan sendiri berpeluang untuk memegang smartphones tersebut, terima kasih sekali lagi buat Maxis, @aprilyim dan @fiona kerana memberikan peluang ini kepada Yan, insyallah akan buat yang terbaik untuk review ini.

htc desire z

See…cantikkan, tak pernah pun sekali terfikir dapat sentuh smartphones macam nie…ehehe, siap boleh slide bagai, memang canggih phone nie, serius phone nie memang sangat BEST!!, tak bosan untuk menggodeknya, malah dari masa ke masa semakin teruja.

HTC Desire Z ini menggunakan Flatform Android™ 2.2 (Froyo) with HTC Sense™, Super touch responsif yang membolehkan anda melayari web dengan hanya menyentuh atau boleh jugak menggunakan keyboard QWERTY, pilih sahaja nak guna cara mana sama ada menyentuh atau menaip, menarik bukan?

Tapi Yan lebih selesa untuk menggunakan skrin sentuh berbanding menaip menggunakan QWERTY keyboard, sebab maklumlah jari jemari sangat comel, nak menaip tu lambat dan keyboard yang agak kecik, maybe sesuai untuk orang lain kot, tapi dengan skrin sentuh sangat nyaman, taip pun laju..buat apa-apa pun laju, takdelah terhegeh-hegeh 😛

spesification HTC Desire Z

Untuk menjawab komen pada entry INI sama ada phone ini besar dan berat, dan di sini Yan lampirkan gambar atas ye, HTC Desire Z nie takdelah besar sangat, refer kat gambar atas tu, ngam-ngam je kat tapak tangan nie dan taklah berat mana pun, kalau letak kat kocek seluar pun tak koyak dan senget seluar tu, jangan risau…ehehee.

htc desire z
CPU : 800Mhz
– OS : Android (Froyo 2.2) + HTC Sense UI
– Memory : 1.5Gb (internal storage). RAM is 512Mb,  microSD™ memory card (SD 2.0 compatible)
– Display size : 3.7 inches
– Features : GPS, Bluetooth, WiFi b/g/n, 3.5mm audio jack, Micro USB port, 5 Megapixel camera
– Expandable memory with Micro SD slot
.
Yang paling bestnya dengan HTC Desire Z, loading startupnya sangat pantassss!! berdesup-desup, teruja sangat, tak amik masa yang banyak untuk loading, buktinya tengok video bawah ye, maaf video tu tak boleh nak di rotate…huhu, layankan je 🙂
.

Amacam, teruja tak tengok startup HTC Desire Z tu?, sungguh mengujakan bagi Yan, sebab handphone cap ayam Yan sekarang nie tak selaju itu 🙂

Lagi pasal HTC desire Z nie yang paling Yan suka bila ada notification, best sangat! senang nak tahu perkembangan semasa akaun-akaun Yan di internet sama ada akaun twitter, YM, Gtalk, facebook…hem apa lagi ye…semua tu ada live update 🙂

htc desire z

Inilah notification sekarang time entry ini di taip, ada 9 mention dari twitter dan email terbaru dari Gmail *abaikan ibox yang ribu2 tu ye :P*

apps android

Antara apps yang ada di HTC Desire Z, sebenarnya ada banyak lagi ok! kena sroll menu tu kebawah tapi takpe tengok yang kat atas tu je….ehehee

android

Macam-macam apps yang ada di Market Android, install je…semua free…hehhee i like!!!!

contact

Bab nie yang paling Yan suka sebabnya HTC memang synchronize dengan akaun twitter, facebook, email dan apa lagi ntah, so sesiapa yang add Yan dalam akaun Facebook/twitter diorang seccara automatik contact person tersebut link ke dalam phone HTC ini, see ada banyak no phone yang tak pernah Yan tahu ada dalam phone nie, cuak tak?? semua tu dapat dari facebook, hahahahaa…..boleh kacau korang nie, tak pun buat panggilan hangit…wakakkaa…

Sebenarnya ada banyak lagi yang Yan nak kongsikan, nantikan review selepas ini pulak, sekiranya ada pertanyaan bolehlah kemukakan di ruangan komen ini, insyallah Yan akan jawab dengan ikhlas dan jujur 🙂

Nota Yanmie : Semakin mengujakan HTC Desire Z ini 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

42 thoughts on “#maxis10 : A Day in the life of the HTC Desire Z”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge