Salam semua, selasa nie Drama baru menggantikan Drama Asmara iaitu Drama yang bertajuk Hani, harap-harap Drama Hani ini mampu membuatkan Yan dan family stay depan TV macam biasa, kalau tidak haruslah en.hubby layan channel sport kat Astro tu…huhu, fuh!! meh kita tengok sinopsisnya 🙂

Ummu Hani (Nur Fahtia)

Drama Hani mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

irfan

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Sumber : www.anizyn.blogspot.com

Sama-samalah kita saksikan nanti Drama Hani ini, lakonan dari Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri akan bersiaran pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam dan Drama nie ada 13 episode kesemuanya 🙂

Nota Yanmie : Ending Drama Asmara hampess je!!, Zalia masih hidup rupanya!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

49 thoughts on “Drama Hani Slot Lestary TV3”
  1. best giler hani…!!! tp kureng coz patutnye heroin kwin ngn hero r…tp hani mniggal dunia mniggalkn seribu kbaikn ..al quran braille…yeah..5 stars untuk hani..

  2. cm best..tp biler lame2 tgk cite nie ada persamaan ngan citer jepun 1 litre of tears baik dr segi family hani,pekerjaan ayah irfan, sikap si irfan & dikatakan irfan dh kehilangan ayah. cumer yg bezanya hani sakit lain..aya dlm citer jepun 2 sakit lain….rs cam diciplak lak… x kn le produksi m’sia nk tiru cm indon yg mmg dh sah2 suker ciplak citer org…..tlg ler..patut le org x bape suker tgk citer mly

  3. yanmie :
    akak astro ria tgk cinta kirana jee, tu pun yg mlm pnya ulangan…lelain akak suka tgk tv3 🙂

    cinta kirana nie tak layanla kak. citer meleret sgtla.

    1. oh..ingatkan mmg ada…hahahaa
      yg drama asmara tu pun sama, rasa mcm ada part 2 sbb heroinnya masih idup..x mati pun..hampess, tp klu ada mmg tak sabar nk tgk 🙂

  4. yanmie :
    oooo malam..ye mmg tgk jugak, ingatkan cina ptg yg ntv7 ke apa ntah…ehehe

    yg kul 10 2 la..pearl movie eh..
    tv len xtgk pun..klu ade cite best bru tgk..
    cite p.ramlee ke..movie2 best2 ke..

  5. yanmie :
    kenapa tak suka?
    drama waris?? waris apa? waris jari hantu ke? hahahaa

    aah..kekasih ku seru..
    best 2..siap kuar g tgk kt kdi..
    sbb umh sewa dlu xde tv..tv dh rosak..
    klu x kne tggu lmbt skit, tgk on9..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge