Salam semua, alamak tak tengok pun ending Seribu Kali Cinta, ntah macam mana kesudahan drama tu, terkini hari ini Drama yang menggantikannya iaitu Drama yang bertajuk Tiramisu, sebut pun sedap macam makan tiramisu :P, hari nie mula di tayangkan.
Now dalam di lema sama ada nak tengok Sinetron Bukan Diriku ataupun Drama Tiramisu nie, hem…ok jom layan sinopsis Drama Tiramisu ini.
OST Tiramisu Slot Akasia TV3 – sumber Myvitrd.blogspot.com
Drama Tiramisu Full Episode | Free Download Tiramisu
Sinopsis Drama Tiramisu
Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluanΒ kehidupanΒ masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Sumber : Blog.MohdIsa
Tudia khusyuk baca sinopis nie, panjang lebar ok! hahahaa :)), antara barisan pelakonnya iaitu Pierre Andre, Sharifah Amani, Noni AF, Zain Ruffegde, Tania Hudson, Sheila Mambo dan pastinya adik mia sara ada…harus tengok jugak nie π
Nota Yanmie : Teringin Tiramisu pulak π
habis sudah citer ni..mmg setaraf citer korea lah..
Download Episode Akhir Tiramisu (eps 28)
best cite ni..meh dload ep 1-11
Download Tiramisu Slot Akasia TV3
kak yan! penah makan tiramisu! wahh best la jugak kan..hehehehe belanja ayie!
blom layan lagi cite ni =.=
mcm best bila baca sinopsis…dh tgk beberapa episod, mmg best citer ni..dialog ada yg mcm sengal2 sikit…suka!
@norsaritanaini, laaa ni mesti suka yang sengal2 nih…hehhehe
mmg best citer ni…ada sense of humor…i like amani…
@malisa lisa, yep betul tu :), erk amani?? tetiba teringat amani di ASK π
try layan sekejap semalam..cam tak best je..Makan tiramisu lagi sedap kot..hik3..tapi kalau best,inform balik..kena merempit balik…
@eyriqazz, hahhaa tiramisu mmg ler sedap, dpt dpn mata rela ku skip diet…ehehe diet sgtlah konon π
@eyriqazz, betul tu makan tiramisu lagi syiok!
cita cam sweet tapi hero tu tua sangat…pakai lagi baju sekolah memang kelakar jugak…hehehe
@amat, hahahaa ye betul tu…tp xpe janji citer nie blh buat kita gelak π
baca sinopsis je dah tau dah best. mesti tengok nih.
Ha’ah betul tu @eiela, harap citer nie makin best, sinetron pun xlayan nie..duk layan tiramisu π
thanks for kredit yan, memang best citer ni. tak kering gusi dibuatnya. hehe
@Mohd Isa, ur welcome isa, ha’ah tulah asyik gelak je, tang bapa dia tu kelakar…hahaaa konon budget nk garang…hahahaha
Sesiapa yg x sempat nak tgk kt tv..bleh la download cita ni kt cni..
tuan rumah jemput ke blog sya..
@Zul’s Stuff, wah ada jugak ye…bagus2 nnti klu rajin akak link kan π
Best la cerita tiramisu ni
@wazy, ha’ah betul tu wazy…1st episode akak dh gelak2….ahahaaa :))
wah kak yan .. tq2 linkan blog saya.. heheeh.. nampaknya dari statistik…pengunjung ramai yang berminat dengan cerita ni.. maybe.. boleh meletop macam adamaya kot.. hehehe..
Salam @myvitrd@tn.punya, sama2 :), sharing is caring π
tgk episode 1 pun dh best…harap2 citer nie lagi best dr adamaya, sbb rasa mcm dh lama sgt x tgk citer yg best sebest adamaya π
wahahah~ tak sabar rasanya nak tgk..kui3..baca sinopsis bole thn juga citer nie..hmm
Latest Entry :
-> Blog Review Special : Aq Naim, JOm Terjah !
-> Apa Kaitannya Games Island Trible Ini Dengan Idola Kecil 3, Pelik ?
@Anip, setakat nie tengok memang best, kelakar jugak cerita tu π
boleh tahan gak le drama tiramisu ni. eh. akak x tgk ke ending seribu kali cinta? kita tgk separuh je. samalah. tapi bestlah drama seribu kali cinta tu.
@RedBoys, tak tengok…uhuk…xtau endingnya mcm mana
@yanmie, takde ke mana2 link yg sedia episod akhirnya?
@RedBoys, ada2 tu klik je link bwh OST tiramisu tu, kat blog ahm ada sediakan link download π
@yanmie, drama seribu kali cinta?
@RedBoys, yep ada jugak kt blog ahm tu, try selak2 blog dia…mmg ada, dia mmg rajin upload episode drama akasia π
Drama Tiramisu β OST Tiramisu Slot Akasia TV3 http://bit.ly/hXtRAd (via @yanmie)
drama kek tiramisu!!
tu ada jugak drama korea kan @Ikhwan Pauzi π
@yanmie, ada kot. entah la. ikhwan tak layan citer korea. last tengok citer korea pon coffee prince je kot. haha
@Ikhwan Pauzi, hahahaaa akak pun dh lama x layan citer korea…ntahlah dh xde minat, dulu2 je…
@yanmie, selalunya orang pompuan yang banyak layan citer korea. π
@Ikhwan Pauzi, hahaa yeker, tp adik lelaki akak 2 org layan gak citer korea π
@yanmie, lelaki yang jiwa jiwang je kot. haha. tapi kekadang citer korea ni best gak.
@Ikhwan Pauzi, hahahaha suke dia! ekk tiramisu plak
alaaaa xleh nk tgk kak..keje2 huhuhu
@eiyda, ehehee xpe akak tlg tgk kan..weeee~~~ dpt tgk lak ptg nie, mls lah nk layan sinetron…hahhaa, mcm best je episode 1 tiramusi nie…
@eiyda, curi tulang sikit. haha
Drama Tiramisu β OST Tiramisu Slot Akasia TV3 http://selangorbloggers.com/read/13080
Blog Updated : Drama Tiramisu – OST Tiramisu Slot Akasia TV3 http://bit.ly/f2imL1