Salam semua, masa cuti-cuti malaysia ke johor bahru baru-baru nie kami sempat pergi ke Danga Bay, salah satu tempat yang dah lama jugak Yan teringin pergi dan akhirnya jejak jugak kaki ke sana..ehehe, maklumlah time belajar di JB tahun 2000-2002 tak silap time tu takde lagi Danga Bay tu, yang ada cumalah Pantai Lido je, banyak betul perubahan di Bandar JB, bayangkan 8-9 tahun jugak tak jejak kaki di sana sebab melanjutkan pelajaran ke KL *ayat skema pulak*

danga bay

Ok layan gambar masa cuti-cuti ke sana ye, seronok sangat! nasib baiklah pergi malam hari, kalau pergi siang hari rasanya tak meriah sangat kot, kalau malam nie dia ada macam-macam permainan, poket pun rabak :)) bayangkan banyak jugak duit di habiskan semata-mata untuk bagi diorang main, tapi takpelah bukannya selalu nak bagi diorang rasa macam tu kan πŸ™‚

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

danga bay

Suka sangat tengok gambar nie, pedahal gambar dari belakang je…hahaha :))

danga bay

Gambar snap dari handset warna pink cap ayam je, clear jugak kan?

danga bay

Hero-hero yanmie πŸ™‚

danga bay

Kat permainan yang nie haziq teringin sangat nak naik, dah nak duduk pun, tetiba orang yang jaga tu cakap, tak boleh! awak kecik lagi…hahaha sian kat haziq tau teringin sangat, sebek je muka dia, jenuh ler nak pujuk suruh pilih mainan yang sesuai dengan usianya…hahaha, takpe ya sayang, besok dan besar adik main nanti..peace!!

danga bay

Bawa naik kuda nie terus senyum lebar…ehehee

danga bay

Naik berdua..nasib baik muat πŸ™‚

Sebenarnya ada banyak lagi gambar, jenuh nak upload kat facebook, korang boleh layan kat fan page yanmieonlinedotcom.

Nota Yanmie : Rabak jugak poket en.hubby dikerjakan oleh anak-anak untuk main game nie πŸ˜›