Salam semua, nie dengan semangatnya nak jawab pertanyaan ejam kat fan page facebook yanmieonline, dia tanya apakah motifnya Yan upload gambar bawah nie, aduhaiii….nak jawab ke tak? ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?? kang kalau jawab ada pulak yang jeles nie…hahaha *gurau je*

facebook

Adakah sebab 2 orang jejaka di bawah makanya gambar tersebut ada dalam handset dan diupload dalam facebook yanmieonline?, jawapannya bukan sebab 2 orang jejaka di bawah ye ejam…serius! kang jeles pulak laki Yan nie…hahhaa, gambar 2 jejaka tu ada sebab nak snap desktop dan replika mini kat tepi tu *bukan alasan* hahaha sila percaya ye, , korang nak berkomen gambar tersebut silalah LIKE dulu fanpage yanmieonline kat sidebar dulu yea.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

UTM KLIMS

Ini di sebabkan Yan terpegun dengan hasil reka cipta dari Universiti Teknologi Malaysia, yang mana telah menghasilkan sebuah prototaip kenderaan dinamakan ‘Claria V’ yang mampu menempuh perjalanan lebih 231 kilometer dengan hanya satu liter minyak. menarik bukan??

Claria V UTM

Kenderaan prototaip ini menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram.

Claria V

satu rekabentuk yang unik :), kereta ini pun masuk Pertandingan Cabaran Shell Eco tak silap bulan julai lalu di Litar Sepang.

claria v

Kepala kereta Claria V, hasil reka cipta UTM Skudai, Johor.



So ejam, harap jelas ye jawapan Yan nie…eheheee Yan snap gambar tu sebab terpegun dengan hasil karya cipta kereta dari UTM, bukan sebab kehenseman 2 orang jejaka kat atas tu 🙂

Nota Yanmie : Gambar di atas di snap semalam semasa Pameran Kuala Lumpur International Motor Show 10 (KLIMS10) di PWTC 🙂