Putera Katak Slot Lagenda TV3

yanmie 73

Salam semua, rasanya belum terlambat nak entry pasal putera katak yang di tayangkan di slot lagenda tv3 yang mana menggantikan Drama Ulek Mayang, boleh tahan lah jugak gelinya tengok putera katak nie…hahaha best jugak, Drama diadaptasi daripada cerita dongeng β€œThe Frog Prince”, Drama nie dah pun ditayangkan padaΒ  29 November 2010 yang lalu, macam biasalah waktu tayangannya hari Isnin Hingga Khamis jam 4.30 Petang. duduk depan TV tau!! ehehee…

putera katak

Layan sinopsis macam biasa ye, Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.

Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

Sumber :Budiey

Nota Yanmie : Lama tak update pasal drama, amik engko 2 entry drama hahaha :))

73 thoughts on “Putera Katak Slot Lagenda TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Jalan-jalan Danga Bay Johor Bahru

Salam semua, masa cuti-cuti malaysia ke johor bahru baru-baru nie kami sempat pergi ke Danga Bay, salah satu tempat yang dah lama jugak Yan teringin pergi dan akhirnya jejak jugak kaki ke sana..ehehe, maklumlah time belajar di JB tahun 2000-2002 tak silap time tu takde lagi Danga Bay tu, yang […]

Subscribe US Now