Salam semua, penderaan kanak-kanak tidak pernah ada hentinya, tahukah korang apa maksud sebenar penderaan kanak-kanak ini? Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

aiman

anak perlu di manja, di kasihi dan layak menerima layanan yang terbaik

Pada entry minggu lepas tak silap Yan ada entrykan jugak pasal Stop Child Abuse, baca keratan-keratan akhbar tu semua cukup menyakitkan hati, anak kecil yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa. dimana sifat kasih sayang kita pada anak kecil ini?? Ya Allah setiap kali ada laporan berita macam nie memang hati sangat marah!! nauzubillah…minta di jauhkan dari benda-benda ini!.

Penderaan kanak-kanak ini boleh di kelaskan kepada beberapa jenis antaranya :-

1. Penderaan fizikal kanak-kanak

2. Penderaan mental kanak-kanak

3. Penderaan seksual kanak-kanak

Melihatkan sahaja kepada beberapa jenis penderaan di atas memanglah satu perbuatan yang amat kejam sekali! ingatkan korang masa kes adik Nurin dahulu bagai mana arwah di perlakukan?? tetapi suspek masih lagi bebas, sangat merbahaya mungki suspek boleh buat pulak pada anak kecil yang lain..nauzubillah!! harap suspek tersebut dapat di tangkap dan di hadapkan ke muka pengadilan!!

Stop Child Abuse

Marilah kita bersama-sama mengangkat tangan dan menghentikan penderaan kanak-kanak ini, sesungguhnya mereka adalah insan kerdil yang tidak berdosa.

Nota Yanmie : Maaf tak tergamak rasanya nak letak gambar penderaan kanak-kanak, sedih!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Stop Child Abuse”
  1. Kadang-kadang terfikir, kemana perginya nilai murni mereka yang mendera nie. Tidak ingat dosa ke?? Mintak di jauhkan…

    1. ha’ah eiyda…baru nie ada tgk kt fb kot..uwaaa nk nangis tgk, ingat tak dulu ada kes maid indon pijak baby..betul2 akak nangis yg tu…uwaaa…

    1. Salam,

      yes betul tu..tgk gmbr pun kita tak sanggup, macam manalah diorang nie boleh sampai ke tahap macam tu..haish nauzubillah! minta di jauhkan dari kita, kesian anak-anak kecil jadi mangsa 🙁

  2. ye. rakyat malaysia perlu bertindak lebih agresif untuk menangani masalah penderaan kanak2 ni.

    p/s: sapa top komentar ye? hee. sudah tentu ayie menang.

    1. tulah mesti kena ada kempen kesedaran nie, kena selalu buat secara besar2an..harus sedar perbuatan mendera tu betul2 kejam!
      binatang pun sayang anak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge