Salam semua, fuh tajuk! serius sangat sentap bila anak-anak tanya pasal cara-cara buat baby nie, rasanya dulu masa kecik-kecik pun penah tanya kat mak, macam mana cara buat baby tu…ehehe tapi rasanya mak buat dek je kot, tapi sekarang lain wooo budak-budak makin cerdik, di desaknye ko jawab jugak soklan tu..haish…

aiman

Gambar Aiman masa Baby 🙂

Alkisah macam nie, semalam tengah duk tengok TV, tetiba Aiman kata nak baby macam baby Abang Akmal punya tu, kecik, comel je. Abang pun nak jugak ada baby. Sentap ke tak bila anak cakap macam tu, nak baby tu dan-dan time tu gak, dia ingat baby tu boleh beli agaknya.

Aiman : Ibu, abang nak baby boleh tak??

Ibu : Boleh, tapi bukan sekarang, abang tunggu je ye nanti adalah tak lama lagi 🙂

Aiman : Abang nak Baby macam Abang Akmal punya baby tu, kecik, comel je

Ibu : Ok nanti ibu bagi ye

Aiman : Ibu nak pegi beli Baby ke? abang nak ikut!

Ibu : Eh tak lah, baby tu nak kena buat dulu *erk!! spontan sebenarnya jawapan nie*

Aiman : Oh kalau macam tu, Ibu buatlah baby tu

Ibu : hem….Abang nak coklat tak *tukar topik* tapi tak di layan…hahaha

Aiman : Ibu…ibu…ajarlah macam mana nak buat baby tu, abang nak lah…

Ibu : sambil berjalan ke dapur amik coklat, buat2 tak dengar…”nah! coklat” makan elok2 ye..

.

Hehehe..antara perbualan kami anak beranak, nasib baik dapat mengelak dari dia, kalau tak naya wooo, mana tidaknya tanya camne cara nak buat baby, takkanlah nak cerita kat dia pasal tu kot, besar jugak cabaran sebagai ibubapa nie ye, silap explain jadi lain pulak.

Nota Yanmie : Nasib baik tak tanya baby keluar dari mana, lagi naya nak jawab 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

67 thoughts on “Cara-cara buat baby”
  1. Setakat ini anak belum bertanya walaupun pernah melihat ibu mereka mengandung selama 9 bulan dan menampakkan perut. Apabila baby terbaru dilahirkan anak-anak excited sangat tapi belum bertanya bagaimana dapat baby. Saya pun mahu terkedu kalau ditanya mana datangnya baby? 🙂
    akubiomed recently posted..Mak telur dah pecahMy Profile

  2. hehehe.. bahaya juga ni.. tulah sapa suruh dulu kak yan tanya ibu masa kecik2 macam mana nak buat baby..kan anaknya dah balas balik.. hehehe..

    budak2 memang cerdik.. nasib dia tanya soalan merepek2.. kekadang dia orang tengok dari tv pon boleh keluar soalan2 bahaya ni.. hik2..

    Kalau petua nak dapat baby mungkin ada.. tapi soalan macam mana nak buat baby tu.. yang pening.. hik2

    1. @Cik Dara, haahaah sinchan pun pandai ye tnya soklan tu dgn maknye…hahhaa

      eh yeker, so far xnmpk lg anak menonggeng…hahaa, biasa akak dgr klu gigit ibu jari kaki tu tanda nak adik, tp xtau lah betul ke tak 😛

        1. ye betul tu, budak-budak nie makin cerdik, dah tentu dia terfikir macam mana baby tu blh ada…mesti ada proses kan…ehehe

          tapi lega dapat mengelak…harap2 dia tak tanya lagi dalam masa terdekat nie 🙂

    1. @topo, hahahaa tulah nasib baik jugak dia nak coklat tu, mula2 dia taknak, terus ke dapur amik coklat dan bagi, fuhhh sib baik boleh ngelak…taulah budak2 skrg nie kan macam2 benda diorang nak tau, takut jugak…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge